Dapur

Tak Payah Tunggu Berjam-Jam, Guna Je Resepi Buat Dodol Guna Breadmaker. Mudah!

24
SHARES
resepi dodol

Dodol merupakan antara menu pemanis mulut tradisional yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Namun, cara pembuatan dodol ini adalah sangat sukar dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Nak beli yang dijual di luar pun agak sukar untuk dijumpai pada zaman sekarang. Jadi, ada tak resepi dodol yang mudah dan sedap?

Berikut merupakan satu perkongsian di laman Facebook tentang cara buat dodol dengan menggunakan breadmaker. Nampak mudah dan tidak memakan masa yang lama, anda juga boleh cuba buat dodol menggunakan resepi ini sempena Hari Raya nanti!

Baca juga: Seronoknya Dapat Duit Raya! Tapi Kena Tahu 4 Hukum Ini Dahulu Sebelum Beri Duit Raya Tu..

RESEPI DODOL GUNA BREADMAKER, TUP TUP DAH SIAP!

Sambil masak untuk berbuka petang tadi sempat la buat dodol sikit. Guna breadmaker je senang kerja. Saya guna santan fresh yang pekat. Alhamdulillah dodol jadi kilat berminyak hasil daripada santan asli. 

resepi dodol

Air gula:

-2 ketul gula melaka (anggaran 250g)

-500g gula merah (yang hancur)

-2 helai daun pandan

-500ml air

Bahan lain:

-500ml santan segar yg pekat atau 1 kotak kecil santan kotak Kara + air utk cukupkan 500ml

-500g tepung pulut

-Sikit garam

-5 sudu besar gula pasir (kalau suka manis boleh tambah lg 2 sudu besar)

-1 sudu besar minyak masak kalau guna santan kotak

resepi dodol

Cara-caranya:

1. Masakkan bahan untuk air gula sampai semua gula larut. Sejukkan dan tapis masuk dalam mangkuk.

2. Masukkan bahan lain dalam mangkuk. Kacau-kacau semuanya supaya sebati. Kisar adunan kejap supaya tepung tak bergentel.

3. Tapiskan bahan yang dikisar masuk dalam breadmaker tin.

4. Tutup breadmaker dan tekan menu jem. Biarkan sampai selesai. Lepas tu tekan lagi sekali menu jem (3 round menu jem berjalan)

5. Sejukkan sekejap sebelum angkat tin daripada breadmaker. Hati-hati sebab tin akan jadi terlalu panas ye.

Selamat mencuba!

Sumber: Azie Surip

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×