Dapur

Resepi Putu Piring Guna Gula Merah & Tepung Pulut, Ternyata Sedap Juga!

71
SHARES
putu piring

Kebiasaannya resepi putu piring menggunakan bahan utamanya iaitu tepung beras dan gula melaka. Namun, resepi kali ini adalah sedikit berbeza kerana bahan-bahannya ditambahkan tepung pulut dan digantikan dengan gula merah.

Resepi Iedaa Jahaya ini ternyata sedap dan berjaya menghasilkan putu piring gula merah untuk pembaca Sirap Limau mencubanya di rumah. Selain itu, resepi putu piring ini juga telah mendapat satu ribu perkongsian!

Baca juga: 11 Aneka Resipi Telur Istimewa Bulan Ramadan, Mudah Masak Waktu Sahur & Tak Renyah!

PUTU PIRING GULA MERAH

putu piring

Gambar: Iedaa Jahaya

Putu beras gula merah pagi ini. Saya tak guna beras cuma guna tepung beras dan tepung pulut. Alhamdulillah sedap.

Bahan dan cara penyediaan putu piring gula merah:

  1. 11/2 cawan tepung beras, sangai sekejap dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Sapu acuan dengan sikit minyak
  4. Dalam 1 bekas masukkan tepung beras sangai, 1 sudu besar tepung pulut, sedikit garam.
  5. Sebatikan bahan dulu dan kemudian masuk sikit-sikit air pandan + emulco pandan.
  6. Gaul-gaul hingga jadi macam serbuk roti.
  7. Kemudian ayak dan tekan-tekan dengan sudu hingga tepung halus turun ke bawah.

Dah siap!

Baca juga: Resepi Bubur Som Som Lembut & Enak, Menu Berbuka Puasa Digilai & Wajib Cuba!

putu piring

Gambar: Iedaa Jahaya

  1. Masuk 1 sudu kecil dalam acuan lompang (tak perlu tekan).
  2. Masukkan 1 sudu kecil gula merah.
  3. Isi lagi adunan tepung beras tadi hingga penuh.
  4. Tak perlu tekan padat-padat ya, manja-manja saja.
  5. Buat hingga habis dan kukus 10 ke 15 minit.
  6. Setelah siap, keluarkan dari acuan.

Sedia untuk dinikmati~

Baca juga: Resepi ROTI PURI Tanpa Yis (Mauripan), Bila Sejuk ‘Maintain’ Je Rangup & Tak Kempis!

Sumber: Iedaa Jahaya

FT Image: Iedaa Jahaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×