Famili

7 Kesalahan Jalan Raya Tak Boleh Dikompaun Sempena Hari Raya, Ini Dah Masuk Kes Berat!

12
SHARES
cara bayar saman

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang telah bersiap sedia untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung bukan? Mungkin akan memakan masa yang lama di atas jalan, kita kena ambil tahu antara kesalahan utama jalan raya yang sering dilakukan supaya tidak berakhir dengan saman menyaman. Tak pasal pula kena tahu cara bayar saman sempena Hari Raya pula kan?

Jadi, berikut merupakan antara 7 kesalahan utama yang tidak boleh dikompaun sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang akan berlangsung dari 18-27 April 2023. Awas! Anda sedang diperhatikan!

Baca juga: Diam-Diam Isteri Dimadukan! Kenapa Suami Suka Menipu Bila Nak Berpoligami?

7 KESALAHAN UTAMA TAK BOLEH DIKOMPAUN, INI CARA BAYAR SAMAN

Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun. Saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut. Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.

cara bayar saman

Antara kesalahan atas jalan raya yang dikategorikan berat untuk Ops Hari Raya kali ini adalah:

1.Menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

2.Gagal mematuhi lampu isyarat merah.

3.Memandu di lorong kecemasan.

4.Memandu melebihi had laju.

5.Memotong garisan berkembar.

6.Memotong barisan.

7.Tidak memakai tali pinggang keledar.

Di Mana Saman Boleh Dibayar?

Saman JPJ boleh dibayar di tempat berikut:

-Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
-Melalui perkhidmatan e-Services.

cara bayar saman

Cara-Cara Pembayaran Saman

Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:

-Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
-Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
-Bayaran boleh dibuat secara tunai.
-Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
-Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan eservices.

Tiada rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun . Kadar kompaun setiap kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ. Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 , bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut:

-http://www.eservices.com.my
-http://www.rilek.com.my
-http://www.myeg.com.my

Selamat pulang ke kampung!

Sumber: JPJ, BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×