Geran kereta atau geran motor (Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mengandungi maklumat lengkap berkaitan kenderaan anda. Ia merupakan salah satu dokumen penting yang perlu ada jika anda ingin membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan. Namun, ramai yang ingat bahawa cara dapatkan geran kereta ini hanya melalui kaunter yang makan proses lama.
Sebenarnya, ada cara lain selain menunggu giliran di kaunter untuk anda dapatkan geran kereta atau motor ini iaitu menggunakan mesin khas. Sangat mudah, malah ramai yang telah mencuba pun menggalakkan JPJ untuk menyediakan lagi mesin sebegini di semua lokasi.
Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!
CARA DAPATKAN GERAN KERETA DI JPJ TAPI TAK PERLU KE KAUNTER
Mudah rupanya ambil sijil pemilikan geran kenderaan di JPJ, tak perlu pergi kaunter. Bagi mereka yang tak tahu nak dapatkan salinan geran kenderaan, tak perlu isi borang.
Anda boleh pergi dekat mesin JPJ dan boleh ikut cara ini:
1. Tekan bahasa, masukkan kad pengenalan dan guna cap jari (fingerprint). Ini penting bagi pemilik.
2.Kemudian pilih salinan kenderaan, masukkan nombor pendaftaran plate kenderaan.
3. Bayaran dikenakan sebanyak RM20, bayaran hanya boleh gunakan kad ATM bank sahaja.
4. Tunggu sehingga salinan siap di proses, akan keluar di box dan siap.
*Senang kan? Balik rumah dan simpan dalam fail supaya tak hilang untuk kegunaan masa hadapan! JPJ juga boleh perbanyakkan lagi mesin macam ini.
Baca juga: 5 Barangan Elektrik Ini Boleh ‘Beli Masa’ Dengan Wang, Tak Rugi Ada Di Rumah!
Sumber: Nor Mastura