Ini merupakan salah satu berita yang menyedihkan buat rakyat Malaysia kerana, kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.
Baca juga: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Disalurkan Mulai Rabu 22 Januari 2025!
TIADA LAGI TOL PERCUMA SEMPENA MUSIM PERAYAAN TAHUN INI

Foto: Kosmo
Bagaimanapun, menurut Datuk Seri Alexender, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar. Walaupun tidak memberi perincian buat masa ini, beliau berkata:
“Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar), tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan.
“Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, …akan dibincangkan,” katanya.
Keputusan ini dibuat kerana kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar. Perincian akan dimaklumkan kemudian. Sebelum ini, kerajaan memaklumkan syarikat konsesi tidak menanggung sebarang implikasi kewangan berikutan pengecualian tol pada musim perayaan kerana kos pemberian tol percuma dibayar oleh kerajaan.
Secara puratanya, kerajaan membayar kira-kira RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya menerusi pelaksanaan tol percuma. Pada tahun lalu saja, kerajaan membayar RM80.07 juta sempena Aidilfitri, Deepavali RM42.31 juta; Tahun Baru Cina (RM41.21 juta) dan RM38 juta pada Krismas lalu.
Untuk pengetahuan semua, pemberian tol percuma pada Krismas tahun 2024 adalah yang terakhir sempena musim perayaan yang diberikan kerajaan. Jadi, buat anda semua yang merancang untuk berjalan jauh sempena musim perayaan, minta kira bajet secukupnya dahulu ya!
Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) Diteruskan, Ini Tarikh & Cara Semak Untuk Dapat RM150
Sumber: Harian Metro (foto), Berita Harian