Pada 29 dan 30 Oktober ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma sempena Deepavali 2024 agar pengguna lebuh raya berbilang kaum terutamanya masyarakat India beragama Hindu menyambut perayaan Deepavali.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma ini akan membabitkan semua lebuh raya bermula pada pukul 12.01 tengah malam, 29 Oktober (Selasa) dan akan berakhir pada 11.59 malam, 30 Oktober 2024 (Rabu).
Baca juga: KPM Umum Cuti Sekolah Tambahan Sempena Deepavali 2024, Ini Maklumat Penuh
TOL PERCUMA SEMPENA DEEPAVALI 2024 PADA 29 & 30 OKTOBER INI

Sebanyak RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan memberi bayaran pampasan kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.
Pengeculian tol ini hanya akan diberikan kepada kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) Johor Darul Takzim.
“Pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama Kerajaan Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat disamping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” ujarnya.
Diharapkan juga agar semua pengguna lebuh raya memanfaatkan kelebihan yang diberikan ini dengan sebaiknya. Dinasihati juga supaya merancang perjalanan dengan sewajarnya.
Pengguna lebuh raya juga disarankan untuk mengikut jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya.
Selain itum anda juga dinasihatkan agar memastikan kenderaan dalam keadaan baik, memastikan baki eWallet dan Kad Touch & Go dan bateri smart-tag yang mencukupi.
Bagi mendapatkan bantuan semasa di lebuh raya, pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1800887752.
Maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan semasa di lebuh raya, boleh semak di media sosial rasmi LLM iaitu di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia atau aplikasi X @LLMtrafik secara berkala.
Baca juga: Harga Yuran Tadika & Taska Dijangka Naik 25% Pada Tahun Hadapan, Ibu Ayah Sudah Bersedia?
Sumber: Utusan Malaysia
