Nur

Doa Sempena Sambutan Hari Lahir Anak, Ubah Nyanyian Happy Birthday Kepada Doa, Jom Amalkan!

47
SHARES
DOA HARI LAHIR

Setiap kali ada sambutan hari jadi, pasti nyanyian yang sering diutamakan terlebih dahulu. Sebenarnya, lebih baik dan mustajab jika membaca doa hari lahir agar majlis tersebut lebih diberkati.

Doa hari lahir perkongsian di bawah ini boleh dibaca oleh ibu ayah kepada anak tersayang. Diharapkan dengan doa ini, kehidupan lebih bermakna.

Baca juga: Buka Aib Orang Di Media Sosial Makin Menjadi-Jadi, Langsung Tak Ada Rasa Bersalah

DOA HARI LAHIR UNTUK ANAK, IBU AYAH BOLEH BACA

DOA HARI LAHIR

Antara doa hari lahir dalam rumi boleh dibaca adalah seperti di bawah ini:

Ya Allah, kepadamu kami memohon dan kepadamu jua kami merayu, di kesempatan penuh makna dan keberkatan ini, kami hamba-hambamu menadah tangan penuh kerendahan bersalut pengharapan ke hadratmu yang maha agung memohon agar dikirimkan rahmah dan inayahmu di dalam pertemuan ini sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran (nama penuh)

Pada tahun ini. Sesungguhnya kami amat menyedari ya ilahi, bahawa ketentuan umur jua penghidupan adalah terpaksi di bawah kekuasaanmu, oleh itu ya allah, kami mengharap limpah perkenaanmu agar ditinta melalui kalam qadarmu, perjalanan usia berintikan keimanan, pertambahannya disisip keredaan dan penghujungnya di temani kerahmatan.

Ya allah, dengan ketentuanmu yang maha penentu, kami merafa’kan sekudus permohonan agar dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan, kedamaian yang berterusan serta dialirkan lautan rahmah dan keredaan di dalam kehidupan. Seterusnya ya allah hindarilah sejauh mungkin lakaran bahaya dan kemudharatan yang tercoret jua sebarang tindakan yang mampu mengundang kemurkaanmu.

Selain itu, sambutan hari lahir juga lebih bermakna dengan bacaan doa di bawah ini:

1. Doa untuk hari lahir bayi

اللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهُ بِكَ وَذُرِّيَّتَهُ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam.”

Jika untuk perempuan:

اللَّهُمَّ إِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam.”

2. Doa hari lahir (kanak-kanak)

Rasulullah SAW telah mendoakan kanak-kanak:

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ بَاسا [بَارًا] رَشِيدًا وَأَنْبِتْهُ فِي الإِسْلَامِ نَبَاتًا حَسَنًا

Maksudnya: “Ya Allah! Aku bermohon Engkau jadikan anak ini anak yang baik, berani dan cergas, serta besarkanlah ia dalam Islam dengan baik.”

Diharapkan sambutan hari jadi anak lebih bermakna dengan membaca doa hari lahir seperti dikongsikan di atas. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Tidur Lepas Waktu Subuh, Asar & Maghrib. Baca Dulu Sebelum Buat!

Sumber: Kor Agama Angkatan Tentera & Motherhood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×