Nur

Manfaat Amalkan ‘Bismillah Lima’ Setiap Hari, Biar Bibir Sentiasa Basah Dengan Ayat Suci Ini

8
SHARES
KELEBIHAN BISMILLAH 5

Umum mengetahui, setiap ayat al-Quran itu mempunyai manfaat istimewa. Hal ini sama seperti kelebihan Bismillah 5 jika diamalkan setiap hari tanpa jemu.

Dinamakan sebagai ‘Bismillah 5’ kerana permulaan pada setiap 5 ayat tersebut adalah ‘Bismillah’ yang bermaksud ‘Dengan Nama Allah’.

Baca juga: Hidup Lebih Tenang Bila Selalu Amalkan Selawat Tafrijiyah, Belum Terlambat Nak Mula…

KELEBIHAN BISMILLAH 5 DALAM KEHIDUPAN, AMALKAN SELALU

KELEBIHAN BISMILLAH 5

Berikut adalah beberapa kelebihan Bismillah 5:

1. Pelindung daripada gangguan

Membaca Bismillah 5 difahamkan dapat menjadi pelindung daripada gangguan jin, syaitan, dan makhluk halus yang berniat jahat.

2. Kelebihan Bismillah 5 – sembuhkan penyakit

Bismillah 5 sering digunakan sebagai doa untuk menyembuhkan pelbagai penyaki dalaman dan luaran seperti demam, bengkak, serta sakit kepala.

3. Ketenangan jiwa

Kelebihan Bismillah 5 jika diamalkan selalu adalah dapat memberi ketenangan jiwa kepada yang sedang mengalami tekanan atau kegelisahan.

Ia membantu untuk menenangkan fikiran dan mewujudkan perasaan damai dalam diri kerana setiap ayatnya mengandungi doa untuk perlindungan dan kesejahteraan.

4. Kelebihan Bismillah 5 – menguatkan rohani

Mengamalkan Bismillah 5 dalam kehidupan boleh membantu menguatkan rohani seseorang itu. Hal ini kerana anda dapat meningkatkan keyakinan diri dan memperkuatkan hubungan dengan Allah SWT.

5. Perlindungan rumah tangga

Bismillah 5 juga digunakan untuk melindungi rumah dan keluarga daripada bala bencana, kemalangan, dan gangguan spiritual. Keharmonian dan keselamatan keluarga lebih terjamin sekiranya anda mengamalkannya selalu.

Kaedah membaca Bismillah 5

Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

1 – Bismillahir Rahmanir Rahiim
2 – Bismillahish Shaafii
3 – Bismillahil Kaafii
4 – Bismillahil Mu’aafii
5 – Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim

– Hembuskan pada segelas air lalu diberi minum dan disapu pada tempat yang berkenaan.

– Boleh disapukan di tempat yang sakit atau satu badan.

–  Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

– Baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Dengan izinNya, diharapkan semua yang dimohon akan ditunaikan.

Baca juga: Haram Pakai Rantai & Subang Luar Tudung, Trend Yang Perlu Dielakkan

Sumber: Sahabat Pencinta Al-Quran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×