Nur

Haram Pakai Rantai & Subang Luar Tudung, Trend Yang Perlu Dielakkan

2
SHARES
rantai leher

Memakai anting-anting dan rantai leher di luar tudung semakin menjadi trend dalam kalangan wanita. Ini kerana mereka beranggapan itu merupakan salah satu cara untuk berfesyen.

Walau bagaimanapun, memakai rantai leher dan subang di luar tudung itu merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan perlu dielakkan.

Baca juga: Doa Sempena Sambutan Hari Lahir Anak, Ubah Nyanyian Happy Birthday Kepada Doa, Jom Amalkan!

RANTAI LEHER & SUBANG DI LUAR TUDUNG, INI HUKUMNYA

rantai leher

Isu ini dijawab menerusi satu soalan yang diajukan oleh pengguna aplikasi X kepada pendakwah Muhammad Zulhusni Mohd Zaki atau lebih dikenali sebagai Muzuza.

“Salam ustaz nak tanya betul ke subang dan rantai leher haram pakai luar tudung sebab termasuk dalam perhiasan yang tertutup?”

Jawapan yang diberikan adalah sebagai wanita, anda perlu menjauhi dari memakai perhiasan tersebut di luar tudung kerana dalil surah al-Nur ayat 30-31 dan ia sangat hampir dengan isu tabarruj.

“Sepatutnya kita jauhi dari memakai perhiasan-perhiasan tersebut di luar tudung kerana dalil surah al-Nur ayat 30-31 & sangat hampir dengan isu tabarruj. Maka saya katakan bahawa perlu dielakkan semampu mungkin untuk berpakaian sedemikian.

“Apatah lagi pemakaian sedemikian bukanlah untuk menghalang kekusaman atau kepucatan, tetapi hanya perhiasan tambahan sahaja,” jelasnya.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Meeftah Anuar juga menegaskan bahawa hukum memakai perhiasan di luar pakaian adalah haram.

Ini kerana tindakan berfesyen seperti itu tidak memenuhi tuntutan Islam agar menutup aurat secara menyeluruh termasuk memastikan perhiasan digayakan selari dengan panduan syarak.

“Memakai perhiasan di luar pakaian yang asalnya berada di bahagian dalam seperti rantai dan anting-anting adalah haram. Amalan ini dilihat seolah-olah sudah sebati dan dilazimi Muslimah hari ini, justeru ia perlu diperbetulkan semula,” jelasnya.

Firman Allah SWT:

“… Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang nampak zahir darinya…” (An-Nur:31)

Imam al-Tabari mentafsir ayat itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, perhiasan yang disembunyikan seperti anting-anting, subang, rantai leher dan selainnya.

Kedua pula adalah perhiasan yang boleh diperlihatkan seperti pakaian, cincin, gelang pada pergelangan tangan dan selainnya.

Kesimpulannya, apa sahaja perhiasan yang pada asalnya perlu disembunyikan, maka ia tidak patut diperlihatkan kepada bukan mahram.

Ini bermakna rantai leher dan anting-anting perlu dipakai di bahagian dalam tudung dan tidak perlu ditunjukkan di luar.

Baca juga: Buka Aib Orang Di Media Sosial Makin Menjadi-Jadi, Langsung Tak Ada Rasa Bersalah

Sumber: BH Online & aplikasi X

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×