Maaf, along tak dapat balik raya tahun ni.
Hari Raya Aidilfitri tahun ini sangat berbeza berbanding tahun sebelumnya. Selain tiada aktiviti kunjung – mengunjung, sesetengah orang tidak dapat pulang beraya di kampung bersama keluarga. Sebak dibuatnya.
Anda pasti tidak mahu orang tersayang berasa sedih di pagi Syawal bukan? Apa kata, anda hadiahkan sesuatu yang istimewa buat mereka? Boleh berikan kepada mereka apabila dapat pulang ke kampung nanti.
Hadiahkan barang kemas Poh Kong di Hari Raya untuk kesayangan
Wanita paling suka melaram ketika hari raya. Maklumlah, bukan selalu dapat kelihatan cantik dan bergaya. Tapi, perhiasan apa yang terbaik untuk dipakai pada hari raya? Semestinya barang kemas istimewa dari Poh Kong!
Poh Kong menawarkan pelbagai pilihan barang kemas, berlian dan permata berharga yang direka khas oleh pasukan pereka dan pakar pertukangannya yang mahir. Memang dijamin berkualiti!
Bukan saja koleksi untuk dewasa, Poh Kong juga mempunyai koleksi yang comel untuk kanak-kanak. Koleksi istimewa ini pasti dapat menceriakan lebaran anda tahun ini. Nama koleksi tersebut ialah..
Koleksi Anggun, motif flora yang mempesona di Hari Raya
Cantiknya! Sifat bunga yang cantik dan harum merupakan simbol kepada keperibadian seorang wanita. Dengan corak bunga-bungaan, Koleksi Anggun oleh Poh Kong di musim terbaru lebih memukau jika dipakai pada hari raya.
Semua barang kemas Koleksi Anggun dihasilkan daripada emas kuning 916/22K. Rekaannya sangat menarik dan berkualiti. Insan tersayang pasti gembira jika dapat hadiah sebegini.
Koleksi Melur menjadi idaman ramai wanita
Insan tersayang sukakan bunga Melur? Anda patut hadiahkan Koleksi Melur oleh Poh Kong ini kepadanya. Koleksi ini diilhamkan oleh kecantikan dan kesucian bunga melur yang putih bersih dan harum mewangi.
Koleksi Melur memaparkan bunga Melur mengembang di atas pelbagai loket yang berbentuk hati atau lingkaran. Anda boleh lihat sendiri corak-corak rekaannya di bawah. Semuanya cantik!
Koleksi loket, cincin dan anting-anting ini mendahului barisan barang kemas bercorak flora yang serba anggun. Terdapat tiga saiz untuk loket dan cincin iaitu besar, sederhana dan kecil. Sesuai dihadiahkan buat ibu tercinta.
Koleksi ini menghimpunkan rantai leher, cincin, anting-anting dan gelang. Bentuk flora kecil di tengahnya dikelilingi ukiran motif luar yang menarik. Sesuai buat wanita yang sukakan gaya ringkas tapi mahu menyerlah di Aidilfitri.
Corak bunga yang menawan ini diterapkan ke dalam koleksi rantai leher, cincin, anting-anting dan gelang menjadi aset yang tidak akan ditelan zaman. Tiada wanita yang akan menolak koleksi elegan ini.
Dua gelang tangan dengan ukiran motif yang menarik ini memperlihatkan kehalusan seni pertukangan yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Satu gelang sudah nampak anggun. Pakai dua gelang, keanggunan berganda-ganda!
Sentuhan berbeza dengan Koleksi Karya Anggun
Mahukan barang kemas bertemakan Hari Raya Aidilfitri? Pilihlah Koleksi Karya Anggun. Gayanya berbeza daripada yang lain. Ia mempunyai lambang ikonik Malaysia yang menambat hati dan selera anda di hari raya.
Antara bentuk menarik yang ada dalam Koleksi Karya Anggun ini ialah:
- Raja & Ratu segala buah: Durian, manggis
- Makanan kegemaran tempatan: ketupat, cucuk udang
- Perkataan “Syok” dengan grafik kelapa
- Perkataan “Yumcha” dengan grafik cawan
- Grafik daun
Koleksi Manja, sesuai buat si manja berhias di Hari Raya
Alamak! Anda pasti tidak lupakan si manja anda bukan? Si manja juga mahu berhias cantik seperti ibunya di hari raya. Sebab itu, anda harus dapatkan Koleksi Manja yang comel ini untuknya. Sangat comel!
Loket, cincin, anting-anting, dan rantai tangan di dalam koleksi ini direka istimewa untuk kanak-kanak. Rekaannya lebih ringkas tapi serba comel. Si manja anda pasti lebih ceria di hari raya.
Begitu halus kesenian pada setiap utas barang kemas Anggun. Keanggunannya tiada tolok bandingan. Anda boleh dapatkannya secara eksklusif di Poh Kong, Diamond and Gold by Poh Kong, Poh Kong Gallery dan Gold Boutique.
Tebus baucar berjumlah RM2 juta & jongkong emas dengan mata ganjaran eksklusif!
Mari beramai-ramai sertai Poh Kong Jeweland, program keahlian istimewa Poh Kong. Bukan saja dapat mata ganjaran, malah anda juga dapat ganjaran khas sebagai ahli. Memang seronok!
Paling menarik, anda berpeluang menebus baucar berjumlah RM2 juta dan jongkong emas dengan mata ganjaran eksklusif. Promosi ini ditawarkan sehingga 30 Jun 2020. Jangan sampai terlepas!
Jika anda mahu beli barang kemas Poh Kong tetapi tidak dapat pulang ke kampung, jangan risau. Anda boleh membelinya melalui online shops yang menyediakan perkhidmatan kurier untuk kawasan Barat atau Timur Malaysia di Shopee dan Lazada.
Selain itu, Poh Kong turut menyediakan perkhidmatan kurier di cawangan mereka. Ini merupakan perkhidmatan tambahan yang boleh mereka bantu mengikut situasi sekarang. Baguslah.
Jangan sedih tidak dapat pulang beraya di kampung tahun ni. Keluarga anda akan lebih ceria dengan Koleksi Melur, Karya Anggun dan Manja ini di hari raya nanti. Dapatkan di Poh Kong dengan segera!
Untuk info lebih lanjut, boleh klik mana-mana link di bawah.
- Laman web Poh Kong : https://www.pohkong.com.my/
- Facebook Poh Kong : pohkongjewellers
- Instagram Poh Kong : pohkongmy