Kerjaya

4 Subjek Utama Adik-Adik Kena Skor Waktu SPM, Markah Merit Tinggi & Senang Masuk Universiti

2
SHARES
PENGIRAAN MARKAH MERIT

Pengiraan markah merit adalah satu proses penting dalam menilai kelayakan seseorang pelajar untuk memohon program pengajian di universiti pilihan.

Bagi anda yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun hadapan, terdapat satu ‘rahsia’ dibongkar oleh Abduk Muiez di laman Facebooknya. Jelasnya, pengiraan markah merit lebih tinggi jika adik-adik skor 4 subjek utama ini. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: TOP 10 Universiti Terbaik Di Dunia, Adik-Adik Kena Simpan Impian Belajar Sini!

PENGIRAAN MARKAH MERIT LEBIH TINGGI JIKA SKOR 4 SUBJEK INI

Kepada mak-mak yang ada anak nak ambil SPM, dalam tempoh 3 bulan ini, tolong paksa mereka untuk skor 4 subjek ni. Apa subjeknya?

– Bahasa Melayu
– Bahasa Inggeris
– Sejarah
– Matematik

4 subjek utama ini mewakili 40% dalam pengiraan markah merit. Saya bagi 2 contoh seperti di bawah:

Murid A, dapat 6A 2C. Murid B pun dapat keputusan yang sama.

Kalau ikut logik, 6A 2C mesti boleh mohon macam-macam, kan? Tapi tak. Sebab, walaupun keputusan sama 6A 2C tapi mata meritnya berbeza.

Murid A (gambar 1) dapat 6A 2C. Subjek yang dapat C adalah dalam kategori Mata Pelajaran Terbaik yang hanya mewakili 10%.

PENGIRAAN MARKAH MERIT

Manakala murid B (gambar 2) dapat C untuk subjek Bahasa Inggeris dan Sejarah. Yang mana, kedua-dua subjek ini dalam kategori Mata Pelajaran Universal mewakili 40%.

PENGIRAAN MARKAH MERIT

Walaupun keputusan mereka sama tapi murid A dapat 80.75% manakala murid B hanya dapat 76.38%.

Bila 2 subjek universal dapat C, mata merit jadi 80.75%, bila semua A terus naik sampai 87%.

Apa jadi kalau hanya 1 Mata Pelajaran Universal yang dapat C, yang lain dapat A? Tengok gambar 4. 7A 1C. C itu adalah Bahasa Inggeris. Mata merit akan jadi 82.63%.

Bila Bahasa Inggeris jadi A, daripada 82.63% terus melonjak jadi 87% seperti gambar di bawah.

PENGIRAAN MARKAH MERIT

Jadi, mak ayah tolong nasihatkan anak-anak supaya skor 4 subjek utama itu. Tak ada pilihan lain melainkan dapat A atau A+.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: ‘Rahsia’ Nak Dapatkan Kiraan Merit Tinggi, Calon SPM Kena Ambil Tahu!

Sumber: Facebook Abdul Muiez

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×