Famili

Cium Bibir Anak Tanda Sayang Tapi Sebenarnya Ada Risiko Lain, Memang Bahaya!

20
SHARES
CIUM BIBIR ANAK

Sesetengah orang lebih selesa menunjukkan kasih sayang dengan memeluk ahli keluarga, kucup di dahi dan pipi. Walau bagaimanapun, ada juga yang memilih untuk cium bibir anak sebagai tanda sayang dan menganggap perkara itu normal.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, terdapat risiko lain sekiranya mengucup bibir anak. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Tahap Fokus Anak Mengikut Umur, Jangan Terkejut Kalau Si Kecil Asyik Tak Duduk Diam

IBU BAPA CIUM BIBIR ANAK TANDA SAYANG, TAK APA KE?

CIUM BIBIR ANAK

Terdapat pelbagai cara untuk ibu bapa menunjukkan kasih sayang kepada anak anak. Sebenarnya ia bergantung kepada norma dalam keluarga dan sosial budaya masyarakat setempat.

Dari sudut kesihatan, sebenarnya ada risiko penularan jangkitan terutama kepada bayi yang masih rendah imun tubuh. Bakteria dari mulut orang dewasa yang di pindahkan ke mulut bayi boleh menyebabkan risiko kerosakan gigi. Ada jangkitan lain seperti herpes juga boleh di pindahkan ke bibir bayi.

Dari segi psikologi, ada pakar yang tidak menyarankan kerana akan menyebabkan kanak kanak keliru mengenai batas bahagian tubuh yang dilarang untuk di sentuh oleh sesiapa termasuk ahli keluarga.

Penting untuk ibu bapa untuk tahu untuk bila untuk berhenti mencium anak di bibir. Apabila meningkat remaja, perubahan horman dan fizikal tubuh menyebabkan remaja mula ada rasa malu dan rasa kurang selesa untuk di cium.

Jangan bimbang, selain ciuman mulut banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang antara ahli keluarga. Pesanan untuk semua, jangan pula anda malu dan segan untuk memeluk cium ibu bapa. Walaupun sudah dewasa dan mereka sudah tua berkedut seribu.

CARA LAIN TUNJUKKAN KASIH SAYANG

Antara cara lain boleh dilakukan untuk mengeratkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak adalah:

  • Usap kepala anak
  • Selalu berterima kasih
  • Kongsi makanan
  • Luangkan masa bersama
  • Rancang percutian
  • Bergurau

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Setiap Tahap Usia Ada Kemahiran Menulis Yang Berbeza-Beza, Cuba Ibu Ayah Check

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×