Famili

Anak Mewarisi Kepandaian Dari Ibu, Bukan Dari Ayah. Betul Atau Tidak ?

4.9K
SHARES

Kecerdikkan anak adalah berdasarkan genetik ibu? Mesti ramai dalam kalangan ayah di luar sana yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini bukan? Tetapi, berdasarkan pandangan Dr.Keith Witt, kromosom X iaitu mewakili perempuan dikatakan mempunyai pengaruh yang lebih tinggi dan kuat dalam menentukan kebolehan anak berbanding kromosom Y yang mewakili lelaki. Betul ke?

http://www.look4ward.co.uk/

http://www.look4ward.co.uk/

Sudah diketahui ramai bahawa kepandaian anak adalah diwarisi dari kedua ibu bapa, tetapi berdasarkan beberapa kajian yang didapati betul, genetik ibu dikatakan boleh memberi pengaruh yang lebih kuat kepada kebolehan dan kecerdasan anak. Antara kajian yang telah dijalankan adalah, para pengkaji telah menemubual seramai 12,686 orang dalam usia 14 dan 22 tahun, setiap tahun selama dua dekad.Ternyata, berdasarkan kajian tersebut, mereka yakin bahawa tahap ‘intelligence’ anak adalah diwarisi dari gen ibu mereka. Oleh itu, jom kita ambil tahu serba sedikit tentang bagaimana situasi ini boleh berlaku!

Fungsi Kromosom X dan Kromosom Y

pt.slideshare.net

pt.slideshare.net

  • Kromosom adalah pembawa genetik yang mempunyai protein dan asid nucleic.
  • Semua manusia adalah pembawa kromosom di dalam setiap sel
  • Perempuan membawa kromosom X dan lelaki membawa kromosom Y, tetapi perempuan membawa dua kromosom X.
phys.org

phys.org

‘Conditioned Genes’

Conditioned genes bersifat ‘gender-specific’ iaitu lebih fokus kepada satu jenis jantina sahaja. Untuk pengetahuan anda, gen ini bukanlah seperti dimana anak mewarisi rambut kerinting atau rambut lurus anda atau tidak tetapi, gen ini berfungsi secara berbeza bergantung kepada jika mereka datang dari ibu atau bapa. Ia juga ditentukan sama ada diaktifkan atau dinyahaktifkan bergantung kepada di mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan.

Gen ibu diaktifkan di dalam korteks serebrum yang mempunyai banyak saraf iaitu di mana kecerdasan membangun, manakala gen ayah pula diaktifkan dalam sistem limbic, dimana sistem ini yang mengawal perasaan asas seperti marah dan lapar.

danielakinbo.com

danielakinbo.com

Secara teknikalnya, untuk ayah di luar sana, anda masih boleh memindahkan gen kecerdasan dan kecerdikkan anda untuk mereka, tetapi masalahnya gen ini adalah DOA iaitu ‘dinyahaktifkan semasa ketibaan’ atau ‘deactivated on arrival’. Ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa hanya anggaran 40 hingga 60 peratus daripada kecerdasan diwarisi, dan selebihnya diserahkan kepada persekitaran, dimana jika mahu kecerdasan dan kepandaian anda diwarisi, anda sebagai ayah juga dapat memenuhi tanggungjawab yang besar ini untuk menentukan tahap kepandaian otak anak.

http://blog.connectfamily.in/

http://blog.connectfamily.in/

Namun, sebagai konklusinya, ibu sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembawakan genetik kepada anak dan perkara itu dapat dilihat melalui perkembangan hubungan antara anak dan ibu sendiri.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×