Didik

Terapkan 10 Tips Ini Untuk Kuatkan ‘Bonding ‘ Keluarga Supaya Kekal Bahagia!

96
SHARES

Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang mempunyai ‘bond’ yang kuat. Bukan mudah sebenarnya untuk membina kekuatan perhubungan antara ahli keluarga kerana percanggahan pendapat dan pandangan. Namun, anda sebagai ibu bapa yang prihatin, boleh cuba terapkan 10 tips ini supaya hubungan antara ahli keluarga akan menjadi lagi kuat! Jom baca apakah tips menarik tersebut.

1. Jadualkan ‘family time’

familyonlypractical.com

familyonlypractical.com

Amat penting bagi keluarga yang mempunyai anak remaja atau yang sudah bersekolah untuk adakan jadual untuk bersama keluarga. Hal ini kerana, anak-anak mungkin akan seharian sibuk dengan waktu sekolah, kelas tambahan atau kelas mengaji. Jadi, kuranglah masa anak-anak untuk bersama dengan ibu apa. Oleh itu, sangat penting untuk ibu bapa adakan jadual waktu supaya dapat menyusun waktu bersama anak-anak sekuarang-kurangnya dua kali seminggu.

2. Makan bersama-sama

http://brownpelicanla.com/

http://brownpelicanla.com/

‘Families that eat together stay together!’ Beberapa kajian dan pendapat juga bersetuju bahawa makan bersama-sama keluarga dapat menguatkan kebolehan berkomunikasi. Sememangnya, apabila anak-anak makan bersama-sama ibu bapa, iaitu satu keluarga yang lengkap, hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih kuat. Jika anda agak sibuk dengan waktu kerja dan tidak ada masa untuk berkumpul, anda boleh jadikan rutin makan bersama-sama pada hujung minggu. Makan bersama-sama ini bukan sahaja tertumpu di rumah, malah anda boleh membawa anak-anak makan di luar juga.

3. Buat kerja rumah bersama-sama

http://www.bamboobubby.com.au/

http://www.bamboobubby.com.au/

Apabila anda sudah ada jadual waktu bersama anak-anak, jadikan ia juga sebagai waktu untuk melakukan kerja rumah seperti mengemas, basuh baju atau berkebun bersama anak-anak. Penting untuk anak-anak khususnya remaja tahu bahawa anda sebagai ibu bapa sentiasa menyayangi mereka. Dengan melakukan aktiviti sebegini, secara tidak langsung dapat menguatkan ‘bonding’ antara ahli keluarga.

4. Ada ‘misi’ keluarga

http://www.jetmag.co.nz/

http://www.jetmag.co.nz/

Misi keluarga yang dimaksudkan di sini adalah nilai-nilai yang perlu diterapkan dalam diri setiap ahli keluarga. Contohnya, sentiasa mengingatkan antara satu sama lain, selalu berfikiran positif dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada. Ayat-ayat motivasi sedemikian boleh selalu diingatkan apabila anak mahu ke sekolah atau bila-bila masa sahaja supaya ibu bapa serta anak-anak sentiasa mempunyai misi dalam kehidupan.

5. Adakan ‘family meeting’

raisinghappykids.co

raisinghappykids.co

Melalui ‘family meeting’ inilah dimana apa jua masalah boleh diluahkan. Biasalah, kadang-kadang ada yang tidak puas hati dalam hubungan kekeluargaan ini khususnya antara adik-beradik. Justeru, melalui ‘family meeting’ ini masalah mudah untuk diselesaikan dengan bantuan dari ibu bapa. Anda juga tidaklah perlu dengar anak-anak bertekak dalam bilik lagi.

6. Sokongan kuat antara ahli keluarga

http://crystalkeyproductions-bristol.co.uk/

http://crystalkeyproductions-bristol.co.uk/

Mempunyai anak yang sudah bersekolah atau sudah remaja dalam institusi kekeluargaan semestinya adalah pengalaman yang menarik. Bila anak-anak sudah berada di tahap ini, mereka sudah pandai untuk memberontak dan memberitahu apa yang mereka suka dan tidak suka. Oleh itu, sangat penting untuk setiap ahli keluarga memberikan sokongan yang kuat dalam apa jua situasi. Contohnya, adakan majlis keraian jika anak mendapat markah yang bagus dalam peperiksaan sebagai tanda sokongan.

7. Masa untuk diri sendiri

www.groupon.com

www.groupon.com

Apabila sudah melayan kerenah anak-anak, anda mesti memerlukan masa untuk diri sendiri bukan? Tidak mengapa, kerana amat penting untuk anda ‘release tension’ dengan melakukan perkara untuk diri anda sendiri. Contohnya, ke spa atau salon, berjumpa rakan-rakan di pusat membeli belah dan berehat di dalam bilik dengan membaca buku. Perkara sebegini dapat menenangkan diri dan anda tidaklah akan melepaskan segala kepenatan bekerja kepada anak bukan?

8. Lakukan kerja sukarelawan

salmonfestseattle.com

salmonfestseattle.com

Bagi ibu bapa yang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan, anda juga boleh libatkan anak-anak dalam aktiviti tersebut. Bukan sahaja dapat menguatkan ‘bonding’ antara anak dan ibu bapa tetapi, anak-anak juga dapat mempelajari nilai-nilai murni. Aktiviti kesukarelawan yang dimaksudkan adalah seperti melawat rumah orang-orang tua dan bergotong-royong di kawasan perumahan.

9. Ambil tahu minat anak

www.emaze.com

www.emaze.com

Perkara ini sangat penting dan selalu ibu bapa terlepas pandang. Ambil tahu dan melibatkan diri dalam minat anak-anak seharusnya dilakukan oleh ibu bapa untuk menunjukkan bahawa anda menyokong minat mereka. Contohnya, jika anak suka menonton filem, anda juga boleh bersama-sama mereka menonton filem yang digemari. Dengan cara sebegini, anda akan lebih tahu dan ‘aware’ dengan minat anak-anak.

10. Bergaul dengan keluarga lain

http://neighboursday.org.nz

http://neighboursday.org.nz

Penting juga untuk kita tahu bahawa jangan hadkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan ahli keluarga anda sahaja. Sebaliknya, keluarga anda juga perlu bergaul dengan keluarga yang lain. Contohnya, adakan jamuan makan dan menjemput keluarga jiran atau mengikuti rombongan melancong bersama keluarga dari pejabat anda. Bukankah lebih menarik dan keluarga anda dapat juga mengenali lebih ramai orang untuk dijadikan rakan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×