Famili

Bayi Viral Alami Sakit ‘Rare’, Warganet Titip Doa Supaya Dipermudahkan Urusan

2.7K
SHARES

Setiap bayi di dunia ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan berbeza-beza di mata ramai. Sebagi ibu bapa kita perlu tabah dengan setiap ujian diberikan Allah SWT meskipun agak pahit untuk ditelan. Hal ini sama seperti perkongsian seorang wanita di laman Facebooknya yang berharap agar ibu bapa kepada kanak-kanak viral sentiasa kuat menghadapi ujian di dunia.

Baca juga: [VIDEO] “Ya Allah, Sebaknya…”- Bapa Meraung Rindu Anak, Nombor Telefon Kena Block

BAYI VIRAL ALAMI SAKIT RARE, WARGANET TITIP DOA

Menerusi perkongsian di laman TikTok dan juga Facebook, seorang wanita bernama Rabiatul Adawiyah Samad berkongsi keterujuaannya kerana dapat bertemu dengan seorang bayi istimewa.

Sebelum ini, si cilik itu pernah tular di media sosial berikutan mempunyai bulu-bulu halus yang sangat lebat sehingga menutupi badan dan wajahnya.

@rabiatuladawiyah8896

Terjumpa baby viral yg comel ni kat HOSP ❤️ Anugerah ALLAH .. #fypシ #foryou #viral #babycomel #tiktoksarawak

♬ Tuhan Jagakan Dia – Motif Band

Menurutnya, dia berkesempatan untuk berjumpa dan mendukung si kecil itu sewaktu membawa anaknya untuk check-up di sebuah pusat perubatan awam di Sarawak. Adawiyah berharap kanak-kanak itu sentiasa kuat menghadapi cabaran dan sentiasa ceria seperti kanak-kanak lain .

Pergi Hospital bawa zayyan check up terjumpa baby viral yang comel ni.  Tuhan uji mak bapanya kerana tuhan sayang, tuhan uji kerana tuhan tahu mak bapak dia pasti ikhlas menerima kelebihannya. 

Semoga dia dah besar diberi kekuatan untuk menghadapi dunia mendatang. Faham-fahamlah kan zaman sekarang ni mulut orang. Semoga mental dan fizikal dia kuat. 

Walaupun dia diberi anugerah macam ni, dia tetap comel bagi saya. Satu jam kami bermain, bersua, berkenalan. Pandai pilih tangan. Sampai kita berjumpa lagi sayang.

“YA ALLAH, COMEL SANGAT…”

Posting Adawiyah sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang rata-rata memuji kecomelan si kecil itu. Mata bulat kanak-kanak itu ternyata menarik perhatian warganet.

Bukan itu sahaja, mereka juga mendoakan agar kanak-kanak berkenaan membesar dengan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Amin.

Sumber: Tiktok & Facebook Rabiatul Adawiyah Samad 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×