Famili

[VIDEO] “Ya Allah, Sebaknya…”- Bapa Meraung Rindu Anak, Nombor Telefon Kena Block

381
SHARES

Kasih sayang seorang bapa memang tiada gantinya. Apa pun sanggup dilakukan olehnya demi memastikan anak-anak sentiasa mendapat kebahagiaan dan membesarkan dengan segala kelengkapan hidup.

Walau bagaimanapun, seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ayah apabila sudah dimamah usia. Hal ini sama seperti seorang bapa di laman TikToknya. Sungguh memilukan dan sebak.

Baca juga: [VIDEO] Payungkan Anak Tengah Panas Sambil Jalan Kaki, Pengorbanan Ayah Buat Netizen Sebak…

BAPA MERAUNG RINDU ANAK, NOMBOR TELEFON KENA BLOCK

Video dikongsi oleh Muhammad Anas meraih satu juta tontonan di laman TikTok, dan rata-rata netizen turut sebak melihat situasi tersebut.

Menerusi perkongsian itu dapat dilihat seorang lelaki menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan sebak dan memakai pelitup muka dan baju berwarna biru tua. Jelasnya juga, dia tidak dapat menelefon atau bertanya khabar mengenai anaknya. Hal ini berikutan tindakan anaknya yang memilih untuk block nombor ayah mereka.

“Ya Allah, rindu yang teramat sangat. Kenapa sanggup lupakan abah anakku. Dah tak mampu bertahan teramat rindu..” luah lelaki itu menerusi video tersebut.

@muhammadanas_ariqin

dah tak.mampu bertahan teramat rindu..

♬ Rembulan Malam – Decky Ryan

“YA ALLAH, SEBAK SANGAT…”

Meninjau ke ruangan komen, sudah tentunya video itu dibanjiri komen oleh warganet. Ramai dalam kalangan mereka yang sebak dan tidak sanggup pakcik itu diperlakukan sedemikian. Semoga diberi kekuatan menempuh dugaan kerana Allah tidak akan menguji jika hambaNya tidak kuat.

Sumber: TikTok Muhammad Anas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×