Famili

[VIDEO] Payungkan Anak Tengah Panas Sambil Jalan Kaki, Pengorbanan Ayah Buat Netizen Sebak…

109
SHARES

Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak tersayang tidak perlu disangkal lagi. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak berjaya dalam kehidupan.

Mereka juga mengharapkan anak menghormati ibu bapa, menjaga solat, berbudi bahasa, rajin, berpelajaran dan berkerjaya. Jika kita mahukan anak‐anak yang hebat, ibu bapa perlu menjadi manusia hebat yakni tidak jemu berkorban untuk anak‐anak.

Baca juga: [VIDEO] “Sujud Air Mata…”- 16 Tahun Terpisah Dengan Ibu, Akhirnya Anak Dapat Jumpa Ibu Kandung

PAYUNGKAN ANAK TENGAH PANAS SAMBIL JALAN KAKI

Hal ini sama seperti perkongsian satu video sebak di laman Tiktok. Video tersebut sudah tentunya mengundang sebak warganet kerana melihat pengorbanan yang dilakukan oleh seorang insan bergelar ayah.

Menerusi video dikongsi oleh Yie, dapat dilihat seorang ayah dan anak lelaki sedang berjalan dalam panas menuju ke sebuah tempat.

Jelas kelihatan si ayah menggendong beg sekolah anaknya dan memegang payung untuk memastikan si anak tidak berpanas meskipun dirinya panas.

@kingyiee0

Ayah adalah satu-satunya lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk membahagiakan anaknyaa..yang mana ada ayah hargailah die selagi hayatnya masih ada.10 tahu aku hidup tanpa ayah hanya allah saja tahu AL-FATIHAH ABAH #fypdong #fyp

♬ bunyi asal – 💔 – achik_khai98🥺

“Ayah adalah satu-satunya lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja untuk membahagiakan anaknya. Yang mana ada ayah, hargailah dia selagi hayatnya masih ada,” ujar pemilik video tersebut.

“SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI…”

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video tersebut dan sempat menitipkan doa buat mereka berdua. Pengalaman sama turut dikongsi oleh warganet dan kasih seorang memang tidak dapat dilupakan.

Sumber: TikTok Yie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×