Penantian rindu selama 16 tahun bagi seorang anak lelaki terhadap ibu tersayang akhirnya terjawab selepas mereka kembali disatukan selepas usaha pencarian dilakukan.
Video sebak itu dikongsikan sendiri oleh pempengaruh dikenali sebagai Adrian di laman TikToknya dan menerima lebih 64 juta tontonan.
Baca juga: “Penyejuk Hati…”- Budak Lelaki 6 Tahun Jual Mainan Untuk Belanja Anak Yatim 35 Set Happy Meals
16 TAHUN BERPISAH DENGAN IBU, AKHIRNYA SI ANAK DAPAT JUMPA IBU
Menerusi video dikongsi, dapat dilihat seorang pemuda dari Indonesia gigih dan tidak putus asa mencari ibu tersayang dengan bertanyakan kepada penduduk setempat mengenai alamat rumah ibunya.
Selepas mendapat maklumat daripada penduduk setempat, pemuda ini terus ke lokasi yang diberikan dan dia berjaya berjumpa dengan ibu tersayang.
“Sedih dan syukur Allah pertemukan lagi dengan ibu kandungku…” luah lelaki itu.
@kingdomcreatorsquad Korban Broken home #kcssquad #brokenhome
♬ suara asli – Adrianmardiansyah_reall – Adrianmardiansyah_reall
Lebih menyedihkan lagi, apabila mereka berpelukan dan menangis teresak-esak kerana gagal menahan sebak. Dia turut memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T. berikutan dapat dipertemukan semula dengan ibunya.
Jelasnya juga, dia telah berpisah dengan ibunya semasa berusia empat tahun selepas ibu bapanya bercerai sebelum dibawa tinggal bersama bapanya dan tidak dapat berjumpa dengan ibu tercinta sehinggalah berusia 20 tahun.
@kingdomcreatorsquad Balas @onyetonyetan gak bisa berkata kata lagi #kcssquad #brokenhome
♬ suara asli – Adrianmardiansyah_reall – Adrianmardiansyah_reall
“MASYAALLAH, KASIH IBU…”
Difahamkan, proses pencarian tersebut memakan masa beberapa hari sebelum pemuda ini berjaya menjumpai ibunya. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video tersebut dan sempat menitipkan doa buat mereka berdua.
Sumber: Adrian