Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Untuk membentuk peribadi anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah. Pasti sejak kecil lagi kita sudah diajar untuk menghormati orang, berakhlak baik dan tolong menolong.
Selain itu, amalan suka bersedekah atau menabung perlu diterapkan dalam diri mereka supaya sentiasa mempunyai perasaan empati yang tinggi dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
Baca juga: [VIDEO] “Farra Berat!” – Gelagat 2 Kanak-Kanak Main Basikal Buat Netizen Berdekah!
BUDAK LELAKI 6 TAHUN JUAL MAINAN UNTUK BELANJA ANAK YATIM
Terbaharu, menerusi aplikasi Twitter, tular mengenai kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun mengambil keputusan untuk menjual koleksi mainannya. Hal ini kerana dia mahu membeli set Happy Meals dan diberikan kepada rumah anak yatim.
Menerusi posting seorang ibu bernama Adawiyah, anak lelakinya bernama Sayf Mecca itu mengambil keputusan untuk menjual koleksi mainannya kerana berpunca daripada maskot Mickey Mouse di McDonalds.
Jelasnya, maskot itu kelihatan seperti meminta sedekah dan secara tidak langsung memberi idea kepada Sayf untuk berkongsi rezeki bersama rakan-rakan yang tidak berkemampuan.
Sayf Mecca(6 tahun) jual his toys utk nak belanja orphanage (35orang) happy meals! Thanks aunty uncle yang support Sayf Mecca. pic.twitter.com/2vZfN4MNNU
— adawiyah (@_weahxx) March 27, 2022
Sayf Mecca(6 tahun) jual his toys untuk nak belanja orphanage (35orang) happy meals! Thanks aunty uncle yang support Sayf Mecca.
Sayf malu malu masa bagi bagi kan happy meal. Btw, Sayf Mecca decide nak belanja friends dia sebab dia tengok ada mascot mickey mouse dekat mcd minta sedekah so dia came out with idea nak jual toys and tolong less fortunate friends.
Today Sayf Mecca sambung lagi garage sale depan rumah mimi di ampang. Siapa nak support Sayf Mecca’s charity project boleh dm for address. Ada hotwheels and monster truck. Rm2-rm5 only!
“PANDAI PARENTS DIDIK…”
Perkongsian daripada ibu kepada kanak-kanak itu sudah tentunya menarik perhatian warganet. Mereka mengatakan bahawa adik Sayf Mecca yang berhati mulia dan didikan ibu bapa sangat memainkan peranan.
*Comel sungguh adik ni. Baik hati. Semoga berjaya dunia dan akhirat.
Sumber: Twitter Adawiyah