Famili

VIDEO] “Farra Berat!” – Gelagat 2 Kanak-Kanak Main Basikal Buat Netizen Berdekah!

1.2K
SHARES

Gelagat anak kecil memang mampu membuatkan hati terhibur kerana ada sahaja idea dan percakapan mereka ketika bersama rakan atau sanak saudara lain. Hal ini sama dapat disamakan dengan perkongsian seorang ibu di laman Tiktok yang memaparkan kecomelan dua orang kanak-kanak bermain basikal. Video tersebut juga menerima 2.5 juta tontonan. Memang comel betul mereka berdua ini.

Baca juga: [VIDEO] “Bijaknya!”- Berjaya Hafal Semua Bendera Dunia, Adik Ini Tarik Perhatian Ramai

GELAGAT 2 KANAK-KANAK MAIN BASIKAL BUAT NETIZEN BERDEKAH

Menerusi berdurasi 31 saat yang dimuat naik oleh @Filleahuda itu, dapat dilihat dua orang kanak-kanak perempuan bernama Aishah dan Farra sedang bermain basikal di halaman rumah.

Namun, Farra yang duduk di belakang basikal itu memiliki tubuh badan ‘sihat’ berbanding Aishah. Jadi, Aishah yang ketika itu sedang gigih mengayuh basikal, meminta Farra untuk turun kerana terlalu berat dan tidak dapat mengayuh dengan laju.

“Berat! Farra berat. Berat… Farra pergi lah…” ujar Aishah dalam video itu.

Menjengah ke video lain, setelah beberapa kali Aishah mencuba untuk mengayuh basikal itu dengan laju tetapi gagal, Farra akhirnya mengalah dan pergi ke ibunya sambil memberitahu sesuatu. Alahai, comel betul. Jangan gaduh-gaduh ya…

“Uncle auntie jangan sedih. Nanti mama Farra beli basikal untuk Farra. Farra boleh main dengan Aishah,” jelasnya ibunya di ruangan kapsyen.

“COMELNYA.. GERAM TENGOK!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geram dengan telatah kedua-dua mereka. Mereka juga turut terhibur melihat Farra yang seolah-olah tidak bersalah dan tidak menghiraukan bebelan Aishah.

Ada juga warganet yang turut bersedih melihat riak wajah yang sedih selepas turun dari basikal Aishah. Nasib baik tak bergaduh. Pandai Farra dan Aishah.

Sumber: TikTok FilleaHuda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×