Famili

[VIDEO] “Bijaknya!”- Berjaya Hafal Semua Bendera Dunia, Adik Ini Tarik Perhatian Ramai

432
SHARES

Sejak di bangku sekolah lagi cikgu-cikgu sudah mengajar kita mengenai bendera Malaysia dan dunia. Sebagai rakyat malaysia, sudah tentunya kesemua bendera 14 buah negeri sudah kita kenal dan ingat. Lain pula dengan kisah yang dikongsi oleh seorang ibu di media sosial dan perkongsian itu menarik perhatian netizen kerana kepintaran anak kecilnya menghafal bendera dunia. Wah, power betul adik ni!

Baca juga: [VIDEO] Ibu Pening Kepala Anak Cabut & Susun Keyboard Ikut Susunan. Adoi!

HAFAL SEMUA BENDERA DUNIA, ADIK KECIL INI TARIK PERHATIAN

Menerusi video dimuat naik di TikTok oleh @zalycazahid itu, dia memaparkan anak lelakinya sedang khusyuk memberitahu nama-nama bendera yang ditunjukkan oleh Zalycazahid. Melalui video itu, dapat kita lihat meskipun usia Ayyash masih kecil tetapi dia sudah berjaya menghafal bendera yang diajar oleh ibunya di rumah.

Lebih menarik perhatian warganet kerana kepetahan Ayyash bertutur disertakan slang bahasa Inggeris. Setiap sebutan sama seperti sebutan di negara luar. Pandai dan comel. Geram tengok!

“Jom kenal bendera di seluruh dunia,” jelas wanita itu di ruangan kapsyen.

Video berdurasi kurang dua minit itu sudah tentunya berjaya menarik perhatian warganet dan ada juga sempat bergurau menyatakan hanya bendara China sahaja yang mereka tahu.

Selain itu, ada juga berpendapat bahawa pasti adik Ayyash cepat menghafal surah-surah yang dipelajari di rumah bersama keluarga tersayang.

Sumber: Tiktok Zalycazahid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×