Famili

[VIDEO] Ibu Pening Kepala Anak Cabut & Susun Keyboard Ikut Susunan. Adoi!

9.5K
SHARES

Telatah anak di rumah memang kadang-kadang boleh memeningkan kepala tetapi bila mereka tiada di rumah rasa sunyi dan rindu pula. Betul tak? Hal ini boleh disamakan dengan perkongsian video seorang ibu di laman TikTok yang pening kepala dan terkejut dengan tindakan anak perempuanya itu. Kenapa pula tu? Alamak!

Baca juga: [VIDEO] Selalu Teruja Main Lopak Air, Budak Sedih Bila Lopak Dah Dibaiki

IBU PENING KEPALA ANAK CABUT & SUSUN KEYBOARD

Menerusi video tersebut, ibu dikenali YunnHuda memuat naik video itu dan memaparkan kedudukan huruf keyboard komputernya sudah diubah oleh anak-anaknya. Jelas kelihatan dalam video tersebut, kedudukan huruf disusun mengikut susunan huruf yang dibelajar di sekolah.

Apabila ditanya siapa yang melakukan perkara itu, anak perempuannya tidak keruan kerana takut akan dimarahi oleh ibunya atau dikenakan hukuman.

“Masuk bilik anak-anak sekali tengok keyboard cantik bersusun A sampai Z. Berpuzzle la mama pagi buta,” jelasnya.

Perkongsian video tersebut menerima 477,400 tontonan dan sudah tentunya tindakan anak-anak wanita itu dianggap panjang akal serta turut terhibur melihat telatah mereka yang begitu gigih menyusun huruf seperti yang diajar di sekolah.

Adoi, macam-macam gelagat ya anak-anak ni. Bila dah meningkat dewasa barulah rasa rindu dengan telatah bijak mereka ini. Sebak!

Sumber: TikTok YunnHuda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×