Famili

[VIDEO] Selalu Teruja Main Lopak Air, Budak Sedih Bila Lopak Dah Dibaiki

87
SHARES

Jalan berlubang merupakan masalah utama sering dihadapi oleh kita dan dibenci oleh orang ramai. Ini kerana jalan berlubang boleh menyebabkan kecederaan dan lebih merisaukan kerana boleh meragut nyawa juga.

Walau bagaimanapun, lain pula kisah yang tular di media sosial dan dimuat naik oleh pengguna bernama @shlind. Video tersebut meraih perhatian warganet kerana tertarik dengan telatah comel si cilik itu.

Baca juga: [VIDEO] Bukan Ibu Je Buat Spa, Baby Pun Sekali Kena Join. Comel!

SELALU TERUJA MAIN LOPAK AIR, BUDAK SEDIH LOPAK DAH DIBAIKI

Video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang gembira dengan satu lubang di sebuah jalan. Setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah, dia akan bermain di situ dan mengenakan kasut boots comelnya itu.

Jelas kelihatan dalam video tersebut, dia melompat dalam lopak air tersebut dan gembira kerana air itu sejuk serta teruja melihat lubang tersebut.

Walau bagaimanapun, kegembiraan tersebut hanyalah sementara apabila dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melihat jalan berlubang itu sudah dibaiki oleh pekerja awam ketika mereka sekeluarga pergi bercuti.

“Mereka telah baiki lopak kegemaran Charlotte semasa kami pergi bercuti,” jelasnya.

Kanak-kanak comel kelihatan pelik dan terkejut kerana lubang tersebut sudah hilang. itu kelihatan pelik dan menyatakan bahawa lubang itu telah hilang. Menurut kapsyen ibunya, anak perempuannya itu sangat teruja dan tidak sabar untuk bermain lopak air tersebut ketika dalam perjalanan pulang.

“CUTE! IBU YANG BAGUS…”

Sehingga kini, video tersebut menerima 664,500 tontonan dan sudah tentu ruangan komen dibanjiri oleh warganet yang tertarik dengan video tersebut. Ada juga yang mahu melakukan lopak air baharu untuk kanak-kanak tersebut agar dia kembali gembira dengan permainan itu.

Mereka juga memuji sikap wanita itu yang tidak menghalang anaknya untuk bermain dengan air lopak tersebut meskipun agak sedikit kotor.

Sumber: TikTok Shlind

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×