Famili

[VIDEO] Bukan Ibu Je Buat Spa, Baby Pun Sekali Kena Join. Comel!

102
SHARES

Wanita dan rawatan kecantikan tidak dapat dipisahkan dan ia merupakan antara perkara penting untuk menjaga penampilan diri. Terbaharu, tular satu video di media sosial dan meraih perhatian warganet kerana tindakan seorang ibu yang membawa bayinya ke spa unntuk rawatan kecantikan.

Baca juga: [VIDEO] Abang Sulung Mual & Loya Setiap Kali Tengok Adik Baharu, Aneh!

BUKAN IBU JE BUAT SPA, BABY PUN SEKALI KENA JOIN

Menerusi video itu, ibu tersebut memakaikan masker wajah dan melakukan rawatan spa kecantikan pada bayinya seperti orang dewasa sering lakukan untuk kekal cantik.

Pemilik akaun TikTok bernama @momihood_ itu memuat naik video dirinya memakaikan masker dan mencuci rambut seorang bayi supaya bayi itu kekal cantik sejak kecil sambil bayi itu leka menghisap putingnya.

“Diberi rawatan spa dulu ya, bayi juga memerlukan waktu rehat,” tulisnya dalam video tersebut.

Video yang menerima 775,000 penonton itu ternyata membuatkan mereka terhibur dan membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi serta geram melihat kecomelan bayi itu.

Ada juga yang memuji kepintaran bayi tersebut yang hanya duduk diam sahaja ketika dimandikan dan tidak menangis seperti bayi lain. Comel betul! Geram tengok.

Sumber: TikTok Momihood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×