Dapur

Resepi Kuih Seri Muka Durian Sukatan Cawan, Berlemak Dan Lembut Sangat!

3.5K
SHARES
KUIH SERI MUKA

“Sedapnya kuih seri muka durian. Teringin pula..”

Kuih seri muka merupakan kuih tradisional kegemaran ramai. Kalau beli di kedai kadang kala rasanya tak cukup dan kurang berlemak.

Buat sendiri di rumah lagi puas hati dan kebersihannya sudah tentu terjamin. Jadi, ikuti perkongsian resepi kuih seri muka durian sukatan cawan di bawah ini. Senang sangat!

Baca juga: Rahsia Simpan Santan Segar Kekal Elok Berbulan-Bulan, Rupanya Kena Guna Teknik Ini

STEP-BY-STEP BUAT KUIH SERI MUKA DURIAN, BERLEMAK SANGAT

KUIH SERI MUKA

Bahan-bahan lapisan bawah:

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukupnya

Cara penyediaan:

1. Beras pulut dibasuh dan rendam selama 1 jam. Kemudian tapis, masukkan ke dalam loyang bersama bahan-bahan lain.

2. Kukus sehingga pulut masak.

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 1 cawan durian
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning

Cara penyediaan:

1. Masukkan ke semua bahan di atas ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga sebati.

2. Masukkan ke dalam periuk dan masak menggunakan api kecil. Bila dah sedikit panas, angkat.

3. Tekan dan padatkan pulut kemudian tuangkan bancuhan lapisan atas pulut.

4. Kukus selama 40 minit. Biarkan sehingga masak dan sejuk sebelum dipotong.

5. Kalau nak guna acuan, boleh guna acuan lopang saiz besar. Sapu minyak terlebih dahulu dan lenyek pulut di dalam acuan.

6. Masukkan bancuhan lapisan atas dan kukus selama 10 minit api besar. 5 minit akhir menggunakan api sederhana sahaja.

7. Biarkan sehingga sejuk, baru keluarkan daripada acuan.

Mudah dan sedap sangat!

Selamat mencuba.

Baca juga: Resepi Brownies Coklat Cube Comel-Comel, Nak Lebih Sedap Kena Buat Macam Ini!

Sumber: Facebook Noraslinda Md Radzhi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×