Dapur

Cina Mualaf Kongsi Resepi Nasi Ayam Claypot Viral, Senang Je Rupanya Nak Buat!

14
SHARES
NASI AYAM CLAYPOT

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai nasi ayam claypot yang dikatakan menggunakan bahan tidak halal. Ini menjadi satu masalah kepada Muslim sekiranya makan di kedai tersebut.

Jadi, sekiranya anda teringin nak makan nasi ayam claypot, ikuti perkongsian resepi lengkap oleh cina mualaf bernama Nurul Amirah.

Baca juga: Resepi Puding Coklat Oreo Manis Berlemak, Mesti Jadi Menu Kesukaan Anak

CINA MUALAF KONGSI RESEPI NASI AYAM CLAYPOT

NASI AYAM CLAYPOT

Bahan-bahan: 

  • Kicap masin Nona
  • Kicap cair
  • Minyak bijan
  • Serbuk cukup rasa

Cara penyediaan:

1. Perap ayam dengan bahan di atas selama 30 minit atau satu jam. Kalau nak ayam perapan nampak lagi hitam atau gelap, boleh tambah satu sudu kecil thick sos karamel.

2. Beras yang sudah dicuci campurkan dengan kicap masin, halia dan bawang putih cincang. Masak dalam periuk claypot selama 5 hingga 7 minit menggunakan api sederhana. Sukatannya 1 cawan beras : 1 cawan air (bercampur kicap)

3. Bila air dalam nasi dah berkurangan, letak dan susun ayam yang sudah diperap sekurang-kurangnya selama 7 hingga 10 minit. Boleh potong ayam kecil-kecil supaya cepat masak.

4. Bila nasi dah hampir masak, letak ikan masin tenggiri dan besarkan api untuk dapatkan kerak terbakar di claypot.

Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tak salah nak cuba masakan cina. Jangan takut-takut ya. Pastikan semua bahan yang dibeli dan digunakan adalah halal.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resepi Jemput Malas Cicah Sos Colek Pedas Manis, Buat Sendiri Lagi Kick Dan Padu!

Sumber: Facebook Nurul Amirah Abdullah Chan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×