Dapur

Resepi Puding Coklat Oreo Manis Berlemak, Mesti Jadi Menu Kesukaan Anak

50
SHARES
PUDING COKLAT OREO

Puding coklat oreo memang sedap dimakan sejuk-sejuk dan sudah tentunya menjadi hidangan kegemaran anak-anak. Kalau nak cuba buat di rumah, boleh cuba resepi perkongsian Puan Fauziah Yahya di bawah.

Bahan-bahannya pun mudah sahaja dan hanya mengambil masa kurang 1 jam untuk menghasilkannya. Jom cuba.

Baca juga: Ikan Rebus Goreng Asam Menu Popular Pantai Timur, Nak Lagi Sedap Ikut RAHSIA Ini

RESEPI PUDING COKLAT OREO BERLEMAK, ANAK MESTI SUKA

PUDING COKLAT OREO

Bahan-bahan: 

  • 1 bungkus agar-agar/25gram
  • 6 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan serbuk Milo/coklat
  • 1 bungkus Oreo 137gram

Cara-cara: 

1. Panaskan agar-agar bersama air sehingga larut.

2. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga larut.

3. Bila dah larut, masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih.

4. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.

5. Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya biskut sekata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan.

6. Ketepikan dan biarkan keras. Jangan terlalu keras.

7. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan serbuk Milo atau coklat. Kacau sehingga Milo hancur dan sebati.

8. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.

Sejukkan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Sup Mamak Ayam Kampung, Kuah Pekat Sedap Cicah Dengan Roti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×