Dapur

Resepi Talam Cendol Berlemak, Jangan SKIP Satu Bahan Rahsia Ini. Baru Menjadi!

114
SHARES
talam cendol

Talam cendol merupakan antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi kalau buat sendiri di rumah, memang sedap dan puas hati bila dapat makan.

Menerusi perkongsian Azmalaini Abd Rahman di laman Facebooknya, terdapat satu bahan penting yang wajib digunakan untuk menghasilkan talam cendol berlemak. Kalau tak guna, memang tak menjadi!

Baca juga: Kaswi Gedik Kacang Merah, Makan Dengan Kuah Santan Berlemak Memang Padu!

RESEPI TALAM CENDOL BERLEMAK, PUAS HATI MAKAN

talam cendol

Buat kuih tradisional jangan skip santan. InsyaAllah rasa akan sedap.

Bahan-bahan lapisan bawah: 

Bahan A:

Bahan B:

  • 200 gm tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 250ml santan pekat
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

1. Masak bahan A hingga sebati dan biarkan sejukkan.

2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau hingga sebati dan tapis.

3. Masak seketika di atas dapur, kacau dengan api perlahan sehingga naik wap atau ada ketulan melekat di whisk.

4. kukus sehingga masak selama 15 minit.

Bahan-bahan lapisan atas:

Bahan A:

  • 240 gm tepung beras cap bunga teratai
  • 250ml santan pekat
  • 450ml air
  • 110 gm gula pasir
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • 300 gm cendol

Cara penyediaan:

1. Sebatikan bahan A, kacau dan tapis.

2. Masak di atas dapur menggunakan api perlahan.

3. Apabila bahan A sudah naik wap, perlahakan api dan masukkan cendol yang telah ditapis. Gaul rata.

4. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus sehingga masak selama 25 hingga 30 minit menggunakan api yang sederhana besar.

Pastikan masak dengan betul ya. Sedia untuk dihidangkan. Makan sejuk-sejuk memang sedap!

*Sukatan di atas untuk loyang saiz 10×10.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Sambal Ikan Bilis Kering Versi Air Fryer, Senang Nak Bawa Travel!

Sumber: Facebook Azmalaini Abd Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×