Dapur

Resepi Sos Perapan BBQ Paling Sedap & Senang, Confirm Laku!

8
SHARES

Biasanya bila berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara, BBQ merupakan juadah utama dan menjadi pilihan hati semua orang. Kalau beli kambing atau ayam perap di luar, agak sedikit mahal dan sudah tentunya tidak puas makan.

Kalau anda bercadang melakukan BBQ di rumah atau di luar bersama seisi keluarga, apa kata cuba resepi sos perapan BBQ di bawah kerana hanya menggunakan beberapa bahan mudah sahaja mampu menghasilkan sos yang ‘terangkat’! Jom cuba.

Baca juga: Resepi Bakso Asli Indonesia, Puas Hirup Kuah & Terangkat!

RESEPI SOS PERAPAN BBQ PALING SEDAP & SENANG

Bahan-bahan:

  • 2 kg daging kambing, ayam/ daging
  • 4 biji bawang merah besar**
  • 4 batang serai**
  • 5 ulas bawang putih**
  • 2 sdb cili kering**
  • 1 sdb lada hitam tumbuk kasar
  • 1/2 cawan sos BBQ
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan sos blackpepper
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 2 sdb gula pasir/ gula merah
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sdb rosemary kering
  • 2 sdb serbuk cili
  • Sedikit pewarna oren (optional)

Cara penyediaan: 

1. Bersihkan daging kambing/ ayam/ daging. Tos dan ketepikan.

2. Kisarkan bahan yang bertanda (*) dengan kesemua jenis sos.

3. Masukkan gula, minyak masak, lada hitam tumbuk, rosemary, serbuk cili dan pewarna oren.

4. Gaul lagi hingga betul-betul rata dan sebati.

5. Masukkan daging atau ayam yang dicuci ke dalam bahan perapan tadi. Gaul rata-rata.

Perap selama 2 jam, nak lagi sedap perap semalaman. Makan panas-panas cicah dengan sos thai. Alhamdullilah sedap sangat.

Selamat mencuba! Hujung minggu ni boleh berkelah bersama keluarga.

Sumber: Facebook Rozmaliza Omar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×