Sebut sahaja ikan masin, sudah pasti kita terbayangkan keenakan makan bersama nasi putih panas bukan? Tak perlu lauk yang banyak, hanya satu hidangan ini pun sudah cukup untuk buat anda tambah nasi berpinggan-pinggan. Tapi, teringin juga nak cuba buat jeruk ikan masin ini sendiri secara homemade juga kan? Katanya lagi fresh dan sedap. Oleh itu, jom kita cuba perkongsian resepi jeruk ikan masin tenggiri ini yang mendapat permintaan ramai, terliur!
Baca juga: Resepi Laksa Tomyam, Sekali Hirup Memang Terangkat!
CARA BUAT JERUK IKAN MASIN TENGGIRI
Assalamualaikum..Seperti yang saya janjikan, di sini saya kongsikan cara-cara nak buat JERUK IKAN MASIN TENGGIRI yang dalam minyak.. Seterusnya…Ikan tenggiri (nak guna gelama atau senangin pun boleh..senangin mahal, harga lebih kurang tenggiri..ikan gelama murah sikit..gelama isi dia pun sedap..)
Bahan perapan:
-Cuka makan
-Asam keping (kat tempat saya 1kg rm26)
-Garam kasar (1kg 70cen)
-Bekas kedap udara (rahsia dari orang melaka, bila dia tahu saya buat jeruk ikan tenggiri ni, dia bilang nak lagi sedap kau peram dalam tempayan..Saya dah buat..memang lagi sedap) Sekarang bukan rahsia lagi. Cuma bekas tempayan tu mahal kat sini.
CARA-CARANYA
-Ikan kasi cuci bersih ya..Saya korek darah yang kat tulang tengah tu. Toskan ikan ..kering kan dengan cara lap guna tisu makan (ni untuk makan sendiri)
-Saya jemur sekejap (kurang setengah jam) dalam cuaca yang panas..(ini cara saya, sebab saya buat dalam kuantiti lebih 50kg) Kalau nak jemur pun boleh..tapi jangan terlalu lama..nanti isi ikan akan kecut dan keras..
-Dah siap dikeringkan..
-Rendam sekejap dalam cuka makan..Rendam kurang seminit..
-Tabur garam kasar dalam bekas kedap udara..
-Letak ikan, tabur lagi garam kasar..letak asam keping (jangan banyak sangat, nnti dia masam sangat, tak sedap)..Ulang-ulang sampai ikan habis.. Tutup rapat-rapat ikan..biarkan 7 hari..
-Dah 7 hari, buang air perapam..bilas ikan..bilas sikit-sikit je jah..jangan terlalu cuci, nanti isi ikan hancur..
-Masukkan ikan dalam bekas lain..tuang minyak masak yang baru…
-Biarkan ikan terendam..lebih kurang sejam dah boleh goreng..
Sedapnya!
Sumber: Suria Abdullah