Dapur

Resepi Gulai Ikan Kering Ala ‘Kelate’, Lauk Yang Confirm Boleh Tawan Hati Mentua Pantai Timur!

123
SHARES
gulai ikan kering

Salah satu jenis menu lauk utama yang sering dimasak oleh orang Melayu adalah gulai. Selain menggunakan ikan segar dalam masakan gulai, anda juga boleh menggunakan ikan masin atau ikan kering dalam masakan gulai dan ini merupakan menu kampung yang sangat popular tidak kira dari negeri mana anda datang. Tetapi hari ini, kita nak cuba resepi gulai ikan kering ala-ala ‘Kelate’!

Mungkin ada sedikit perbezaan mengenai caranya dengan gulai ikan kering negeri lain, inilah masanya untuk kita mempelbagaikan kemahiran kita dalam memasak lauk utama pelbagai negeri dalam Malaysia. Mana tahu, kalau dapat mentua dari Kelantan, senang nak ambil hati..

Baca juga: Tips Simpan Aiskrim Supaya Maintain Beku & Tak Cepat Cair, Senang Bila Ada Makan-Makan..

RESEPI GULAI IKAN KERING ALA KELANTAN

gulai ikan kering

Bahan-bahan:

* 3-4 ekor ikan kering (dibasuh)
* Timun (dibelah kecil)
* 5-6 biji cili hijau
* 1 -2 keping nanas (dipotong dadu)
* Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
* Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan Kisar:

* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
* 3-4 tangkai cili kering
* 1 biji cili merah
* 2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
* 2 inci kunyit segar
* Sedikit lengkuas

gulai ikan kering

Cara-cara:

1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.

2. Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/ cili hijau dan timun.

3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.

4. Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.

5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.

*Sedapnya! Sedia untuk dinikmati!

gulai ikan kering

Baca juga: Cara Buat Sambal Tumis Sardin Paling Memikat, Lauk ‘Padu’ Ganding Dengan Nasi Lemak!

Sumber: Zat Hernani via Resepi Paling Sedap

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×