Nur

‘Risau Ikan Keli Makan Najis’- Ini Penjelasan Hukum Makan Ikan Keli Dari UAI

7
SHARES

Masakan tradisional tetap mendapat tempat di hati semua walaupun berbagai restoran masakan barat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Keenakan masakan tradisional Melayu menjadi buruan sehingga sanggup kita mencari restoran tradisional walaupun lokasinya jauh.

Antara menu kegemaran orang ramai mestilah ikan keli, betul tak? Ikan keli antara masakan popular di Negeri Sembilan iaitu salai, masak lemak cili api, goreng berlado dan banyak lagi. Tetapi ada sesetengah tidak makannya kerana ikan keli makan pelbagai jenis termasuk ada yang memberi taik.

Baca juga: [VIDEO] Resipi Fettuccini Ayam Percik Versi Terengganu, Menu Gabungan Tekak ‘Mat Salleh’ & Melayu!

HUKUM MAKAN IKAN KELI

Ustaz Azhar Idrus sangat popular dengan sesi soal jawab yang diadakan dengan begitu santai dan kelakar tetapi mudah untuk difahami. Terdapat soalan yang menjadi kekeliruan orang ramai mengenai apa hukum makan ikan keli?

Umum sedia maklum, bahawa ikan keli makan sebarang jenis makanan termasuklah taik. Apa hukumnya kerana makanan yang boleh dimakan perlulah halal dan baik?

Menjawab soalan tadi, ikan keli makan taik, boleh ke makan ikan keli tersebut? Kata ulama-ulama, binatang yang makan perkara najis halal kita makan dengan syarat. Tidak berubah dagingnya menjadi seperti najis. Faham.

Kalau jadi seperti najis itu daging ikan keli, haram untuk dimakan. Kalau berubah bau sikit makruh untuk dimakan. Kalau tak berubah apa-apa boleh makan. Tak menjadi masalah.

Walaupun, ikan keli makan daging babi sekali pun selagi tak berubah rasa, tak berubah daging makan tidak haram untuk dimakan.

Sama seperti makan sayur, yang disiram dengan air kencing. Ulama fiqh kata halal dengan syarat sayur tak berubah bau air kencing.

VIDEO PENUH

@argzalchannel

Hukum makan ikan yang makan najis #ustazazharidrusofficial #ustazazhar

♬ Allah Ya Nur – YUDA

Sumber: Tiktok argzalchannel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×