Dapur

[VIDEO] Resipi Fettuccini Ayam Percik Versi Terengganu, Menu Gabungan Tekak ‘Mat Salleh’ & Melayu!

25
SHARES

Ayam yang mudah untuk didapati di pasar dan boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah. Sebut sahaja perkataan ayam bukan sahaja menjadi kegilaan kanak-kanak tetapi menjadi pilihan utama buat rakyat Malaysia. Malah gabungan ayam dengan masakan melayu telah sebati di tekak rakyat Malaysia akan tetapi gabungan ayam dan masakan Itali turut mendapat sambutan yang hangat. Jadi jom cuba satu resipi yang pasti akan menjadi kegemaran anda!

Baca juga: [VIDEO] Licin Dan Bersih! Ini 5 Langkah Buang Tulang Ayam Untuk Buat Chicken Chop

RESIPI FETTUCCINI AYAM PERCIK VERSI TERENGGANU

Bahan-bahan A:

  1. Bawang besar 4 biji
  2. Bawang putih 5-6 ulas
  3. Halia 2 inci
  4. Kunyit 1 inci
  5. Lengkuas 1 inci
  6. Serai 3 batang
  7. Cili kering
  8. Pasta balducci

Bahan-bahan b:

  1. Santan
  2. Gula melaka
  3. Asam jawa
  4.  Biji halba
  5. Tomato cherry
  6. Cendawan

1. Rebus pasta balducci ke dalam air yang mendidih. Jangan lupa letak minyak sikit dan garam agar ia tidak melikat sesama sendiri. Rebus sehingga masak dan tapiskan. Letakkan ke tepi dahulu.

2. Ayam yang hendak dibakar jangan lupa letakkan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Gaul bagi sebati.

3. Kesemua bahan-bahan A perlulah di blender dan tuangkan ke dalam kuali. Lalu letakkan santan sekali dengan sebatang serai. Gaul sehingga pecah minyak. Minyak masak jika hendak letak boleh, tak nak letak pun tak apa.

4. Kemudian, masukkan gula melaka, asam jawa sedikit, biji halba, garam dan serbuk perasa. Gaul sehingga pecah minyak.

5. Tutup api. Sapu kan kuah percik pada ayam tadi sedikit demi sedikit.

6. Ayam yang telah disapukan dengan kuah percik tadi dipanggang sehingga masak. Dalam masa yang sama setiap kali ayam diterbalikkan letakkan kuah percik tadi agar ia meresap ke dalam ayam. Jangan habiskan semua tau.

7. Buka api, lebihan kuah percik tadi dimasukkan tomato cherry, cendawan dan sedikit air untuk ia berkuah. Gaul.

8. Masukkan pasta. Jika suka berkuah tambahkan sedikit lagi air. Gaul. Tutup api.

9. Letakkan pasta dan ayam ke dalam pinggan. Sedia untuk dimakan.

VIDEO PENUH

@umeazhar

Ni kalau Gordon Ramsay tengok Aku masak resepi Fettuccini Ayam Percik, mau meraung dia. #balducci #masakspesialhariini #resepimaklokal

♬ Hyehwadong (Original Sound Track Reply 1988) [Instrumental] – Bahasa Indonesia Version – Teddy Lee

Sumber: Tiktok umeazhar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×