Dapur

[VIDEO] Licin Dan Bersih! Ini 5 Langkah Buang Tulang Ayam Untuk Buat Chicken Chop

5
SHARES

Sebut sahaja perkataan ayam, ia telah menjadi satu pilihan hidangan kegilaan utama rakyat Malaysia. Pelbagai jenis juadah yang boleh disediakan dengan menggunakan ayam sebagai menu utama seperti ayam goreng, rendang, kari dan sebagainya.  Hal ini kerana ayam mudah untuk didapati sekaligus menjadi harga kawalan di Malaysia pada masa kini.

Haaa, selalunya pergi pasar dah siap-siap minta dipotong mengikut potongan yang diinginkan. Balik rumah tinggal nak bersihkan dan masak sahaja. Tapi untuk menyediakan hidangan seperti chicken chop, yang mesti menggunakan bahagian peha perlu dibuang dan bersihkan tulangnya. Lepas baca artikel ini boleh lah buat chicken chop sendiri kat rumah…

Baca juga: [VIDEO] Resipi Simple Ayam Pandan Guna Air Fryer, Siap Dalam 10 Minit Je!

5 LANGKAH BUANG TULANG AYAM UNTUK BUAT CHICKEN CHOP

Tips Cara Buang Tulang Peha Ayam (Chicken Chop). Biasa beli ayam yang dah siap buang tulang kan? So kali ni, kita boleh buat sendiri. Mudah rupanya!

Langkah 1

Bersihkan bahagian keseluruhan peha ayam (bahagian yang biasa kita buat Chicken Chop). Ketuk bahagian pergelangan bawah tu (rujuk anak panah). Guna pisau besar sikit untuk patahkan atau putuskan bahagian tu.

Langkah 2

Guna kedua-dua tangan, patahkan sendi di bahagian tengah tu (rujuk anak panah). Tarik ke bahagian bawah serentak dan akan rasa sendi tercabut di tengah tu.

Langkah 3

Kemudian tarik bahagian tulang (sendi bawah seperti anak panah) dan pusing-pusingkan supaya ia boleh tercabut.

Langkah 4

Kemudian kikis isi ayam guna pisau. Ini tulang bahagian atas (rujuk anak panah).

Langkah 5

Kikis isi buat sampai ke hujung atau sendi tengah. Tahap ini ada rumit sikit sebab sendi dan isi tengah banyak yang bercantum-cantum. Tak apa, buat hiris slow-slow. Nanti akhirnya anda akan jumpa jalan dan boleh tarik dan cabut keseluruhan tulang termasuk satu tulang kecik yang bersambung di bahagian bawah.

Langkah 6 

Yes! Bila dah selesai, anda akan dapat hasilnya macam ni. Kat bahagian bawah tu, potong sikit guna gunting supaya ia terbuka dan melebar.

Langkah 7

Yes! Ini lah hasilnya selepas semua proses selesai.

Langkah 8

Wokeh! Peha ayam tanpa tulang sudah ready untuk buat Chicken Chop. salmysaznira

Sumber: Facebook sklicious 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×