DIY & Kraf

[VIDEO] Tutorial Bersihkan Pemotong Papan Yang Dah Lama Jadi Seperti Baru

27
SHARES

Selalunya kalau anak-anak kemas dapur mesti semua barang hendak dibuangnya sebab mak-mak ini hobinya sayang nak buang bekas-bekas atau peralatan yang dah lama digunakan. Haaa, lepas ni tak payah nak gaduh-gaduh manja dah antara mak dengan anak.

Ada cara lain nak selesaikan perkara tersebut. Barang yang lama tadi kalau dibersihkan dengan cara yang betulkan, ia akan kelihatan seperti baharu dibeli tau. Kan dah boleh jimat kat situ. Tunggu apa lagi jom baca dan follow tips yang akan dikongsikan ini!

Baca juga: [VIDEO] Cara ‘Beranakkan’ Sabun Basuh Pinggan Ketika Kegawatan Ekonomi, Jimat!

CARA BERSIHKAN PEMOTONG PAPAN

Bahan-bahan:

  1. Air panas
  2. Garam
  3. Baking soda
  4. Cuka putih

Tuang air panas di atas pemotong papan.

Tuangkan sedikit garam di atas pemotong papan tersebut. Lalu digosok-gosok sekejap dengan menggunakan tapak tangan sahaja.

Tuangkan baking soda. Kemudian gosok-gosok lagi dengan menggunakan tapak tangan juga. Pastikan setiap bahagian kena.

Lalu, terus tuangkan cuka putih ke atas pemotong papan tersebut. Gosok-gosok jangan lupa.

Lepas yakin semua bahagian telah kena dengan bahan-bahan di atas, bilaskan dengan air panas.

Akhir sekali, lap-lap sehingga kering dan boleh digunakan.

Haaaa, nampak tak kotoran warna hitam tu keluar. Tapi selepas menggunakan tips ini kotoran berwarna hitam tu tak ada lagi pada pemotong papan di rumah. Nampak seperti baharu bukan. Semoga manfaat!

VIDEO PENUH

@momihood

Tips dapur 🥳 #fyp #fypage #foryoupage #tipsrumahtangga #tipsmasak #viral #xyzbca #xyzcba #alatdapur

♬ bearies ng mamba – PDR Bearies

Sumber: Tiktok momihood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×