DIY & Kraf

[VIDEO] Cara ‘Beranakkan’ Sabun Basuh Pinggan Ketika Kegawatan Ekonomi, Jimat!

7
SHARES

Alamak, sabun basuh pinggan tinggal sikit ni tak sampai hujung bulan lagi! Sabun basuh pinggan perlu mempunyai stock di dalam rumah kerana ia sangat penting untuk digunakan membasuh peralatan dapur. Dalam kegawatan ekonomi kini, semua barang perlu digunakan dengan cermat agar tidak membazir sekaligus boleh tahan hingga hujung bulan.

Sabun basuh pinggan mempunyai pelbagai jenis seperti dalam bekas dan dalam botol. Selalunya dalam bekas mempunyai tekstur keras manakala dalam botol berbentuk air. Apabila menggunakan sabun dalam botol sudah pastinya penggunaan akan lebih banyak kerana ia berbentuk air. Haaaa, usah pening-pening lagi jom baca artikel untuk beranakkan sabun di dalam botol.

Baca juga: Ini Cara Potongan Bawang Merah & Putih Ikut Jenis Masakan, Baru ‘Rasa’ Berbeza!

CARA JIMAT SABUN BASUH PINGGAN

Langkah pertama, pastikan botol sabun tersebut masih mempunyai isi sabun dan jangan biarkan ia kosong. Lalu isikan air ke dalam botol sabun tersebut sehingga separuh botol.

Langkah kedua, botol sabun tadi dimasukkan garam laut sebanyak satu atau dua sudu sudah cukup memadai bagi satu botol.

Langkah ketiga, tutup botol tersebut dan shake shake sehingga garam laut sebati dengan air dalam botol sabun itu.

Langkah keempat, selepas sebati tuangkan sabun basuh pinggan tadi ke dalam bekas dan masukkan air.

Lalu letakkan span dan genggam-gengam span tersebut di dalam bekas. Ia akan menghasilkan banyak buih sekaligus boleh terus digunakan.

Satu botol sabun pinggan baru boleh beranakkan dia lagi 8 hingga 10 botol. Sangat bersabun jangan risau masih boleh buang minyak. Siapa yang comment bazir garam pergi main jauh-jauh. Selamat mencuba!

VIDEO PENUH

@julespitch

Satu botol sabun pinggan baru boleh beranakkan dia lagi 8-10 botol. Sangat bersabun jangan risau masih boleh buang minyak. Siapa yang comment bazir garam pergi main jauh2. 🙈 #tipsjimat #tipsdapur #fypシ #fypmalaysia #fypdongggggggg

♬ Super Freaky Girl – Nicki Minaj

Sumber: Tiktok julespitch

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×