Hebahan

Kos Sara Hidup Diikuti Gaji Minimum Adalah Isu Yang Paling Membimbangkan Rakyat.

16
SHARES

Portal MyUndi adalah sebuah platform digital di mana ia menyediakan pembabitan interaktif dengan statistik pilihan raya yang tepat.

MyUndi telah memperkenalkan ciri baharu iaitu Suara Kita di mana ia memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyuarakan pendapat dan idea berkenaan Pilihan Raya Umum (PRU).

Isu Yang Memberi Kesan Terhadap Rakyat

Menurut kajian maklum balas yang telah dijalankan di portal MyUndi, kos sara hidup dan gaji minimum adalah perkara yang paling membimbangkan rakyat Malaysia. 

Melibatkan 2,074 responden di seluruh Malaysia dari pelbagai peringkat umur, sebanyak 27.4% iaitu seramai 1,857 respoden mendapati kos sara hidup memberi kesan utama di dalam hidup mereka.

Diikuti dengan gaji minimum yang mendapat sebanyak 14.3% seramai 972 responden bersetuju gaji minimum juga adalah salah satu perkara yang membimbangkan.

Seterusnya, diikuti dengan pendidikan sebanyak 13.3%, krisis makanan (12.7%), alam sekitar (11.6%), keselamatan (11.1%) dan pengangkutan awam (9.5%).

Menurut kajian tersebut, Selangor, Johor dan Kuala Lumpur mendahului carta dan diikuti oleh negeri lain yang dipengaruhi oleh kumpulan B40 dan M40 yang paling terkesan dengan isu kos sara hidup dan gaji yang minimum.

18 Tahun Hingga 24 Tahun Antara Kumpulan Yang Paling Terkesan

Responden daripada kumpulan umur antara 18 sehingga 24 tahun menunjukkan bahawa mereka antara yang paling terkesan dengan gaji minimum menurut maklum balas yang telah dikumpul.

Ini disebabkan oleh kumpulan umur mereka terdiri daripada golongan yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan.

Pilihan Calon Menjadi Perkara Utama Yang Mempengaruhi Undian

Menurut kajian, pilihan calon mempengaruhi responden dan juga parti dalam membuat keputusan untuk pilihan pengundian di mana masing-masing mendapat undian sebanyak 31.6% dan 27.1%.

Diikuti dengan manifesto dan gabungan yang menjadi keutamaan kedua bagi mereka ketika mempertimbangkan pilihan pengundian di mana ia mendapat 20.9% dan 20.4%.

Calon-calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu memenangi kepercayaan rakyat dan juga mewakili parti pilihan mereka untuk memenangi PRU yang ke-15 ini.

Kerajaan Perlu Mengutamakan Isu Ekonomi & Kos Sara Hidup

Menurut responden, perkara yang perlu diutamakan oleh kerajaan yang dipilih menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ialah isu ekonomi dan kos sara hidup rakyat di mana ia mendapat 32.2% diikuti dengan pentadbiran yang bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa, di mana ia mendapat sebanyak 30.1%.

Sebanyak 19.9% memilih untuk memberi keutamaan kepada pembinaan fasiliti dan pengangkutan awam manakala 17.8% memilih kelestarian alam sekitar dan keselamatan makanan.

Selain itu, separuh daripada responden mementingkan pembentangan langkah mengatasi masalah atau isu rakyat oleh calon sewaktu berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 ini yang mendapat sebanyak 51.8%.

Manakala debat calon Perdana Menteri mendapat sebanyak 24.7% diikuti dengan debat calon  bertanding (14.5%) dan ceramah (9%).

To Top
SKIP THIS AD ×