Rakyat

PRU15: Wanita Dalam Tempoh Idah Boleh Keluar Mengundi, Jangan Hias Berlebihan

2
SHARES

Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, wanita yang berada dalam tempoh idah dibolehkan keluar mengundi dan hukumnya harus dengan syarat parameter yang wajib dipatuhi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jabatan Mufti Negeri Perak di laman Facebook, wanita tersebut perlu menjauhi perkara-perkata yang mengundang fitnah dan tidak berhias secara berlebihan.

Baca juga: PRU15: 25 Senarai Promosi Makanan & Minuman Untuk Pengundi, Hanya Tunjuk Jari Berdakwat!

WANITA DALAM TEMPOH IDAH BOLEH KELUAR MENGUNDI

Gambar sekadar hiasan

Menerusi kenyataan itu, proses mengundi sempena Pilihanraya Umum (PRU) merupakan suatu kewajipan yang perlu dilakukan sendiri tanpa boleh diwakili oleh pihak lain.

Oleh kerana tempoh mengundi adalah terhad dengan tempoh masa yang ditentukan dan tidak bole ditangguhkan kepada masa yang lain, maka Jabatan Mufti Neger Perak berpandangan harus hukumnya bagi wanita yang dalam ‘iddah keluar mengundi dengan mematuhi beberapa dhowabit (parameter).

Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin sebelum ini berkata wanita yang menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) tetapi berada dalam tempoh idah susulan kematian suami tidak boleh keluar untuk berkempen. Mereka wajib berada dalam idah selama empat bulan 10 hari.

Sumber: Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×