Rakyat

PRU15: “Selalu Bantu Orang Tak Kira Masa…”- Datuk Johari Disenangi Penduduk Titiwangsa

13
SHARES

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani disenangi penduduk Titiwangsa kerana sering turun padang membantu dan mengambil berat permasalahan mereka.

Bekas Menteri Kewangan II itu difahamkan tidak pernah melupakan penduduk di kawasan tersebut meskipun tidak berjaya menjadi wakil rakyat selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Baca juga: PRU15: Apa Yang Akan Jadi Kepada Negara Kalau Anda Tak Keluar Mengundi

DATUK JOHARI DISENANGI PENDUDUK TITIWANGSA

Penduduk Flat PKNS Jalan Tun Razak, Kampung Padang, Azlita Ali, 44, bersyukur kerana Datuk Johari sering menghulurkan bantuan kewangan dalam menjalani liku-liku kehidupan.

“Beliau baik dan selalu membantu penduduk di sini, termasuk saya dan keluarga. Baru-baru ini, saya menjalani pembedahan kanser payudara, beliau juga yang bantu dari segi kewangan.

“Bukan itu saja, keperluan barangan dapur dan persekolahan juga. Walaupun beliau bukan Ahli Parlimen di sini, tapi dia selalu turun padang membantu. Orang di sini memang tahu jasa beliau,” katanya.

SERING BERI BANTUAN TAK KIRA MASA

Johari yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak pernah lupa mengenai penduduk di situ dan bantuan yang diberikan tanpa mengira masa.

“Beliau memang selalu bantu orang di sini. Tidak kira masa termasuk Hari Raya…malah beliau juga kerap menghulurkan bantuan walaupun bukan Ahli Parlimen. Macam hari ini, dia datang ke rumah dan bertanya mengenai keadaan kesihatan saya,” ujar Sulaiman Sanusia, penduduk Titiwangsa.

Menurut warga emas, Munah Man, 72, kehadiran Johari sentiasa dinanti-nantikan penduduk di situ kerana kedatangannya bukan sahaja datang melawat tetapi lebih daripada itu.

PRU15 kali ini, beliau akan menentang dengan calon Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad, calon PEJUANG, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta calon PN, Dr Rosni Adam.

Sekiranya beliau diberi kepercayaan pada PRU15 ini, beliau berjanji tidak akan membiarkan isu penduduk ditipu pemaju rumah terus berleluasa.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×