Dapur

Cara Buat Sambal Tumis Sardin Paling Memikat, Lauk ‘Padu’ Ganding Dengan Nasi Lemak!

1.4K
SHARES
resepi sambal sardin

Sebut sahaja sambal sardin, sudah pasti kita terbayangkan rasa keenakannya yang setiap kali menjadi menu pilihan untuk dimasak oleh ibu di kampung. Sering dijadikan lauk untuk hidangan nasi lemak, ternyata bukan semua orang mahir untuk mengikut resepi sambal sardin yang betul-betul enak.

Jadi, buat anda yang merupakan peminat lauk sardin dalam tin, berikut merupakan resepi dan penerangan lengkap dikongsikan untuk menghasilkan lauk sambal sardin dalam tin paling sedap!

Baca juga: Resepi Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi, Menu Hujung Bulan Yang Jimat & Lebih ‘Menyengat’!

RESEPI SAMBAL SARDIN MANTAP!

resepi sambal sardin

Bahan-bahan:

-2 tin sardin
-2 sudu makan asam jawa biji
-1½ biji bawang
-3 sudu makan serbuk cili/ cili kering secukup rasa

-Sardin diasingkan daripada sos dan dibuang tulang. Jika tidak mahu buang tulang pun boleh tapi emak buang tulang. Perlahan-lahan supaya sardin tidak patah, ya. Jika patah juga tidak mengapa.Sos simpan sebab akan guna sedikit kemudian.

resepi sambal sardin

1.Mesin sebiji bawang besar dengan cili

2.Goreng sardin yang sudah dibuang tulang. Hati-hati! Meletup!

3.Ketepikan sardin yang sudah digoreng

4.Dengan minyak yang sama bekas goreng sardin, tumis cili-bawang mesin.

Jangan bimbang bahagian-bahagian garing bekas goreng sardin, semua itu menambah rasa. Kacau-kacau supaya sekata dengan sambal. Konsep deglaze.

5.Masak sampai pecah minyak. Jadi lubang-lubang ketam macam ni, kata emak.

6.Tambah:

-4 sudu makan sos tomato dari tin sardin. Tak mahu banyak supaya tidak ganggu rasa sambal tumis.
-2 sudu makan jus asam jawa/ secukup rasa
-3 sudu teh garam/ secukup rasa
-2 sudu makan gula/ secukup rasa. Kacau-kacau dan biar pecah minyak

7.Tambah 2 sudu makan kicap lemak manis untuk warna. Jika nak lebih gelap, boleh letak lebih dan sesuaikan rasa masin, masam, manis ya.

8.Tambah ½ biji bawang besar yang dihiris nipis. Masak sehingga bawang layu.

9.Akhir sekali, masukkan sardin goreng. Kacau perlahan supaya sambal menyalut sardin.

10.Siap sambal tumis sardin. Pedas, pekat, berpalut. Makan dengan nasi panas-panas. Hendak lebih umph, tambah telur dadar, telur masin atau ikan masin, timun sejuk-sejuk.

*Jom, makan. Bismillah..

Baca juga: Resepi 5 Jenis Nasi Yang WAJIB Kena Tahu & Masak Di Rumah, Mesti Licin Pinggan!

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×