Dapur

Resepi Jemput Malas Cicah Sos Colek Pedas Manis, Buat Sendiri Lagi Kick Dan Padu!

22
SHARES
jemput malas

Asyik makan jemput ikan bilis pun bosan juga kan? Apa kata tukar selera buat jemput malas pula di rumah dan dihidangkan dengan sos colek pedas manis.

Menurut perkongsian Puan Rozmaliza Omar di laman Facebooknya, cucur ini juga sesuai dijadikan menu potluck bersama keluarga atau rakan.

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Basah Tahan Berminggu Dalam Peti Ais, Mudah Je Rupanya!

RESEPI JEMPUT MALAS CICAH SOS COLEK

jemput malas

Nak buatnya senang sahaja. Jom cuba.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung
  • 1 genggam udang geragau
  • 1 ikat kangkung
  • 1/2 sudu makan yis
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan sampingan:

  • Keropok goreng
  • Timun batang

Cara penyediaan:

1. Masukkan tepung, kangkung, udang geragau, yis, serbuk kunyit dan garam.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati. Jangan terlalu cair atau pekat.

3. Perap selama 1 jam dan goreng dengan api sederhana besar

4. Biarkan sedikit garing. Angkat dan toskan minyaknya.

Boleh dipotong-potong letak dalam pinggan dan taburkan hirisan timun dan keropok yang diramas-ramas.

Bahan kuah colek manis pedas:

  • 6 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang putih
  • Gula
  • Garam
  • 1 keping nisan
  • 1 senduk kecil cuka makan
  • Kacang tanah goreng ditumbuk kasar

Cara penyediaan: 

1. Kisar cili kering dan bawang putih sehingga halus. Masukkan dalam periuk tambahkan air, gula hingga rasa manis, garam dan cuka.

2. Kacau hingga mendidih. Masukkan nisan dan masak lagi hingga mendidih. Masukkan kacang tanah goreng tumbuk.

3. Pastikan cukup rasa manis pedas dan masam. Tutup api dan biarkan sejuk.

Sedia untuk dihidangkan bersama jemput malas. Memang sedap dan puas hati.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Puding Coklat Oreo Manis Berlemak, Mesti Jadi Menu Kesukaan Anak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×