Asuh

Sebelum Belajar Gunting Kertas, Anak-Anak Kena Cekap ‘Skills’ Ini Dulu…

24
SHARES

Mengajar anak-anak sesuatu perkara bukanlah bermula ketika mereka dewasa sahaja malah seawal anak-anak berumur dua tahun mereka sudah boleh dikenalkan dengan aktiviti seperti menggunting. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu tahu bahawa sebelum mengajar anak-anak menggunting gambar-gambar kecil yang susah, mereka harus diajar beberapa skills atau aktviti berkaitan terlebih dahulu.

Justeru itu, ikuti perkongsian ibu di laman Facebook yang mengulas lanjut mengenai apa yang anak-anak perlu tahu sebelum mula menggunting kertas dan sebagainya.

Baca juga: DIY Papan Pelangi Tambah Tolak, Boleh Latih Anak Mengira Dengan Pantas!

SEBELUM BELAJAR GUNTING KERTAS, ANAK-ANAK KENA CEKAP SKILLS INI DULU

APA YANG ANAK PERLU BUAT SEBELUM BELAJAR MENGGUNTING KERTAS?

Okey, first of all mestilah rasa risau kan nak bagi anak bermain dengan gunting di usia awal 2-3 tahun. Tapi, halnya di sini kita tak mahu mereka “bermain”, kita nak bagi gunting pada anak sebagai salah satu skills motor mereka.

Bila bagi gunting pada anak, mak kena duduk dan beri perhatian 100%. Bukan bagi je suruh gunting kertas, mak hilang entah ke mana.

Menggunting ni penting untuk melatih kemahiran motor halus anak, eye-hand coordination, motor control & bilateral integration (integrasi kedua belah bahagian otak).

Saya nak berkongsi hasil dari bacaan, apa yang perlu kita buat sebelum anak mampu menggunting gambar-gambar complicated dengan baik. Ni hanya sebahagian sahaja tau, banyak lagi aktiviti lain yang bagus.

Aktiviti pre-scissors skills (tanpa guna gunting): 

  • Aktiviti koyakkan kertas

  • Bermain/menguli play dough

  • Sensory ball. Letak tepung dalam belon.

  • Melakukan genggaman/memicit
  • Bermain penyepit baju. *Alang-alang kita match pattern

Aktiviti dengan gunting:

  • Tunjukkan cara betul untuk pegang gunting
  • Gunting play dough

  • Gunting straw. Boleh buat rantai sekali. Fine motor

  • Gunting tali

Bila dah pass and nak start guna kertas, berilah anak gambar yang ringkas dulu. Jangan terus ke gambar sukar. Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Azila Ghani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×