Asuh

DIY Papan Pelangi Tambah Tolak, Boleh Latih Anak Mengira Dengan Pantas!

2
SHARES

Seperti yang kita tahu aktiviti anak-anak sebelum ini agak terhad akibat penularan Covid-19 yang semakin menjadi-menjadi. Kalau tidak sebelum ini mereka dapat bermain dengan bebas di luar tanpa ketakutan namun sekarang berubah demi menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing.

Jadi, bagi mengelakkan anak-anak bosan di rumah, apa kata para ibu bapa cuba satu aktiviti DIY ini di rumah. Selain dapat membantu anak dalam pembelajaran, hubungan sesama keluarga juga semakin erat.

Baca juga: 4 Barang Aktiviti ‘Homeschool’ Anak-Anak Boleh Beli Dekat Kedai RM2 Je!

DIY PAPAN PELANGI TAMBAH TOLAK, BOLEH LATIH ANAK MENGIRA DENGAN PANTAS

Jadi ibu ni selalu nak cepat kan? Kalau boleh buat sekaligus, redah je asal cepat. Macam penyediaan bahan bantu belajar anak juga. Anis mempunyai anak yang mempunyai umur dan tahap berbeza. Kadang tu untuk nak jimatkan masa dan tenaga hasilkan satu bahan bantu mengajar mereka ni yang mempunyai alternatif pilihan objektif.

Contohnya, aktiviti Papan Pelangi ni. Boleh digunakan untuk Afraz belajar tambah dan Ahza juga dalam belajar operasi tolak. Senang sekaligus kan?

Jom buat Papan Pelangi ni. Seronok sangat bila anak dapat belajar banyak perkara dalam satu masa. Santai-santai sambil main saja.

KELEBIHAN PAPAN PELANGI:

  • Belajar Tambah 1 nombor
  • Belajar Tolak 1 nombor
  • Belajar Tambah 10 nombor
  • Belajar Tolak 10 Nombor
  • Belajar Turutan Nombor Sebelum dan Selepas
  • Belajar Membilang Nombor
  • Belajar Ketepatan dan Fokus

Nampak menarik kan? Mudah sahaja nak buat. Anak-anak pun nanti boleh mengira dengan lebih pantas.

Sumber: TikTok Hanis Athirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×