Sebelum menghantar anak ke alam persekolahan tak salah untuk ibu bapa mengenalkan anak-anak dengan alatan persekolahan yang sesuai di usia yang awal meskipun di rumah sahaja.
Pelbagai alatan dapat dibeli untuk memenuhi aktiviti di masa lapang bersama anak-anak. Nilai barang tersebut tidak mempengaruhi asalkan ia berguna dan memberi manfaat. Jadi, kami akan kongsikan beberapa alatan yang sesuai untuk mengajar anak-anak anda di rumah dan boleh didapati di Eco Shop RM2 berdekatan anda.
Baca juga: DIY Taman Permainan Mini Untuk Anak, Tak Perlu Ke Taman Permainan Dah!
ALATAN RM2 YANG SESUAI UNTUK HOMESCHOOL ANAK-ANAK
Kalau jumpa items ni, memang cepat-cepat masuk bakul. Banyak aktiviti homeschool boleh buat.
1. POM POM
– Aktiviti kelaskan warna: Minta anak asing ikut warna
– Aktiviti sensori: Rendam dalam air, minta anak picit
– Aktiviti mengira: Tulis nombor dekat cawan, minta anak kira dan masukkan pom pom mengikut kuantiti
2. CRAFT STICK
– Aktiviti Sains: Rendam dua stick yang mempunyai warna asas seperti kuning dan biru, biarkan 1 jam, lihat campuran warna yang berlaku
– Aktiviti kenal nama: Tulis atas pengepit huruf dan tulis nama anak atas craft stick, minta anak kepit huruf yang sama
3. BUTANG
– Aktiviti Pra Tulis: Lukis garisan, minta anak susun butang di atas garisan
– Aktiviti Motor Halus: Masukkan benang ke dalam butang
4. SPAN
– Aktiviti Praktikal Kehidupan Seharian: Celup dalam air sabun, minta anak lap tingkap
– Aktiviti Kuatkan Tangan Anak: Rendam span dalam baldi, minta anak isi dalam botol
Banyak rupanya barang-barang di kedai RM2 yang sesuai untuk dijadikan bahan pembelajaran anak-anak. Rambang mata selepas ini kalau pergi Eco Shop. Wuu!
Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli