DIY & Kraf

DIY Taman Permainan Mini Untuk Anak, Tak Perlu Ke Taman Permainan Dah!

23
SHARES

Sudah tidak dapat disangkal lagi, permainan dan kanak-kanak pasti tidak dapat dipisahkan. Ada sahaja idea baharu mereka untuk mengembirakan diri. Selain bermain di taman permainan, apa kata ibu bapa wujudkan sendiri taman permainan di rumah buat anak-anak.

Sudah tentu lebih selamat kerana tidak terdedah kepada orang luar di kala wabak Covid-19 yang kian meningkat ini. Kalau ada mini taman permainan di rumah sudah pasti anak-anak tidak akan kebosanan lagi.

Baca juga: Pakar Kongsi Aktiviti & Mainan Sensori Bagus Untuk Anak Usia 0-12 Bulan

TAMAN PERMAINAN MINI DI RUMAH UNTUK ANAK-ANAK

Korang dah pening kepala nak pujuk anak² utk duduk dirumah? mesti hampir setiap hari anak² ajak pegi taman, ajak keluar nak berjalan mcm dulu².. dah lama jugak tak pergi bercuti kan..
‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍
Lepas ada mini playground mcm ni di depan rumah, sure anak² korang tak kan merengek lagi.. Mesti mereka seronok☺ Dapat jugak mereka beraktiviti di waktu petang..

– Gambar sebelum dekorasi bermula.  Tepi rumah yang ada tembok dan ada tiles.

– Gambar selepas dekorasi.  cantikkan? Anak-anak  gembira bila dapat playground macam ni.

– Air tak bertakung sebab bawah rumput ada saluran untuk air mengalir. Air hujan terus ke bawah dan tak bertakung atas rumput.

Boleh klik link shopee kat bawah untuk idea deko mini playground mcm ni

PROSES PEMASANGAN

– Proses pasang rumput hiasan di bahagian lantai menggunakan Silicone x bond dan juga paku.

– Proses pasang rumput hiasan di dinding juga menggunakan Silicone x bond dan juga paku..

– Cuba perhatikan. Tebalkan rumputnya. Kalau anak-anak jatuh pun, insyaAllah tak sakit. Nak buat playground kena pastikan anak-anak kita selamat tau.

Jadi la playground comel utk anak-anak bermain musim pkp ni. saya share link kedai rumput tiruan dan playground kids di setiap gambar utk korang ushaa. Kot-kot korang plan nk buat mini playground mcm ni jgk, mudah la nak cari brg nanti.. Anak-anak gembira, ibu ayah pun bahagia.. Semoga bermanfaat.

Sumber: Amirah Mohd Via Racun Shopee Check

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×