Dapur

Geng Kerja Terpaksa Guna ‘Handphone’..Kena Cuba Makan Buah Melon, Hebat Cegah Mata Rosak!

29
SHARES
buah melon

Era kini, gadget seperti telefon bimbit merupakan satu keperluan penting dalam komunikasi moden. Maka, tidak hairan jika ramai orang mempunyai masalah mata rosak akibat penggunaan telefon bimbit yang kerap. Namun, masalah ini boleh dikurangkan dengan menjadikan buah melon sebagai snek harian anda di rumah.

Melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, buah melon mempunyai dua agen anti oksida yang sangat penting untuk kesihatan mata. Bahkan, bukan sahaja bagus untuk mata tetapi merangkumi juga otak, jantung, usus dan organ terbesar manusia iaitu kulit. Jom baca khasiat buah melon di bawah!

Baca juga: Siapa Sangka Minyak Lemak Ayam Bantu Kurang Rasa Perit Melecur! Ini Petua Orang Dulu

BUAH MELON ‘POWER’ UNTUK MATA ROSAK

buah melon

Sumber gambar: Dr. Rizal Abu Bakar

Kalau ada buah ini wajib beli. Buah apa? Melon namanya. Buah melon power ya amat. Terutama yang memang mata tak berapa ok, yang nak mata jadi elok dan sihat.

Especially pada geng yang asyik guna handphone untuk berniaga, terpaksa berkepit dengan handphone atau mengadap skrin pc memanjang. Atau anak-anak yang memang kalau tak bagi pun, guna handphone berjam-jam.

Dalam erti kata lain kalau kita pun asyik hadap handphone memang kena makan.

Apa ada dalam melon ini?

Meh sini nak cerita. Benda penting yang ada dalam melon ialah Lutein dan Zeanthin. Dua anti oksida ini penting sangat untuk kesihatan mata. Dua geng ini boleh halang mata dari kerosakan.

Baca juga: Rupanya Cincau Pun Beri Kebaikan Pada Kesihatan, Dah Tahu Mesti Tiap Hari Bercincau!

KHASIAT MELON YANG LAIN SELAIN SIHAT UNTUK MATA

Ada benda lain tak dalam melon ini? Mesti ada. Contohnya selenium, beta carotene, vitamin C dan choline.

1. Halang dari penyakit asma

Kalau ada asthma wajiblah jadikan melon ini saka baru sebab beta carotene dalam melon boleh halang asthma attack. Juga halang dari terkena asma. Satu cawan melon bekalkan 3,500mg beta carotene. Saintis kata sehari untuk orang umur 14 tahun ke atas perlukan 18,000mg beta carotene.

2. Penting untuk kesihatan jantung

Oh ya ada kajian juga sebut ini penting untuk kesihatan jantung. Boleh bantu halang serangan jantung. Lately ini kan, selalu terdengar orang yang kita kenal mati mengejut. Selalu dikata kena serangan jantung. Muda muda lagi pulak tu.

3. Selesaikan masalah sembelit dan bantu lebih fokus

Kalau ada isu dengan sembelit, fiber dari melon boleh bantu. Kalau nak naikkan fokus, choline dalam melon boleh bantu.

4. Hidrasi tubuh badan

Kalau rasa malas nak minum air asyik nak ke tandas, boleh cuba melon. Kandungan air dalam melon tinggi. Bagi hidrasi pada tubuh. Kurangkan sikit lawatan ke tandas tu.

5. Kolagen untuk kulit badan

Bab vitamin ini, melon ada vitamin C yang tinggi. Bagus sangat untuk bantu tubuh hasilkan kolagen. Kita pun tahu yang kolagen ini penting untuk kulit anjal dan mudakan kulit.

Nak makan pun senang saja. Potong ala-ala potong tembikai tu, senang saja tak perlu nak buang kulit macam kulit mangga tu.

Saya kalau jumpa melon memang wajib beli. Hal ini kerana, nutrisi dalam melon merangkumi untuk otak, mata, jantung, usus dan organ terbesar manusia iaitu kulit.

Powerkan! Bolehlah cuba kalau jumpa.

Baca juga: Ramai Tak Tahu Minum Air Rendaman Kacang Bendi Boleh Turun Kolesterol, Ini Petua Mujarab!

Sumber: DrRizal Abu Bakar

FT Image: katemangostar / jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×