Famili

Kami Senaraikan Pantang Larang Untuk Ibu Hamil Mengikut Budaya Melayu, Cina & India. Oh, Baru Tahu! 

4.4K
SHARES

Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat Melayu berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang kita dahulu. Ia adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukan disebaliknya.

Sebenarnya, pantang larang ni juga bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda tentang kehidupan. Orang Melayu ni kan terkenal dengan sifat suka berkias!

Tapi, kalau anda nak tahu, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Cina dan India pun ada pantang-larang masing-masing tau. Kali ni, admin nak senaraikan beberapa pantang larang mengikut kaum Melayu, Cina dan India untuk ibu mengandung ataupun mak buyung.

MELAYU

Kaum Melayu dengan pantang larang memang tak dapat dipisahkan. Bermula dari lahir, perkahwinan, mengandung sehinggalah kematian, ada sahaja pantang-larang yang diturunkan dari nenek moyang kita dulu. Tapi, yang paling kerap ditujukan adalah kepada ibu mengandung.

Bukan apa, ibu mengandung ni membawa seorang lagi nyawa dalam perutnya. Jadi, mestilah orang disekelilingnya mengambil berat akan kesihatan dan keselamatan bayi yang dikandung tu. Mesti bila berjumpa, akan ada kaum keluarga terdekat terutamanya, ibu, nenek dan makcik kita menurunkan pelbagai petua.

Jangan mencaci, menghina dan bergaduh dengan orang. Nanti muka anak menyerupai orang tersebut.

Yang ini memang biasa kita dengar. Kalau tak mengandung pun, perkara ni memang kita kena jauhkan. Tak baik tau! Sebenanrnya, statement muka anak akan menyerupai orang yang bergaduh dengan kita ni adalah mitos. Namun, tak salah kalau kita pandang dari sudut positif.

Yelah, orang mengandung ni badannya sentiasa penat dan emosinya kurang stabil. Silap sikit, mungkin boleh naik angin. Dikhuatiri bila bergaduh dengan orang tu akan mengakibatkan mereka hilang sabar dan melakukan benda yang tidak sepatutnya.

Seharusnya, banyakkan berzikir, bersabar dan berfikiran positif. Barulah boleh enjoy momen-momen pregnancy dengan gembira kan, mommies?

Jangan pukul binatang, nanti anak dalam perut terkenan.

Macam yang dikatakan tadi, ibu mengandung ni hormonnya tak stabil dan emosinya mudah terganggu, asyik nak marah je 24 jam. Ada orang kata, bila mengandung, karakter mereka juga akan bertukar.

Yelah, masa belum mengandung, sayang sangat dengan binatang. Siap bawak tidur sekali. Dah anggap macam anak! Tapi, bila mengandung, lain pula jadinya! Terus tak suka dan rasa nak marah je bila tengok binatang tu.

Mungkin sebab tu wujudnya pantang larang ni. Bimbang ibu mengandung terpukul atau terjadi perkara yang buruk dekat binatang tersebut.

Jangan duduk di tangga dan keluar rumah seorang diri pada waktu malam.

“Eh, kenapa pulak tak boleh duduk di tangga?” atau “Lecehnya tak boleh keluar malam!’

Haa..mesti ada mak buyung yang merungut kan? Nanti dulu..sebenarnya, orang dulu-dulu tak kasi ibu mengandung ni duduk dekat tangga sebab takut tergelincir dan jatuh. Mana tahu, tangga tu licin atau tersadung kaki ke, kan dah bahaya dekat kandungan tu! Sebab tu orang tua-tua marah!

Lagi satu, ada sebab tau kenapa mereka marah bila mak buyung ni keluar malam. Yelah, malam hari kan cuaca dingin, gelap dan sunyi. Tak elok kalau mak buyung ni merayau seorang diri. Takut terberanak pula tiba-tiba, dah takde siapa tahu!

CINA

Selalu kita dengar pantang larang dari orang Melayu je kan? Jarang kan kita dengar pantang larang untuk ibu mengandung dari kaum Cina. Jom baca perkara-perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan oleh ibu mengandung menurut kaum Cina pula..

Tak boleh makan ketam, nanti bayi asyik meleleh air liur.

Aik? Bila makan ketam, nanti bayi meleleh air liur? Selalu kita dengar, kalau ibu tak makan sesuatu yang dia idamkan semasa mengandung, anak yang keluar nanti akan asyik meleleh air liur kan? Ni, makan ketam pulak. Betul ke?

Haa..ada sebabnya! Makanan laut ni sebenarnya bagus untuk ibu hamil kerana ia mengandungi zat gizi, protein, zat besi yang diperlukan untuk perkembangan bayi. Cuma, jangan ambil secara berlebihan kerana ada sesetengah makanan laut yang mengandungi kadar merkuri yang tinggi dan dikhuatiri masuk kedalam darah lalu merosakkan perkembangan otak dan sistem saraf bayi.

Tengok, orang dulu-dulu lagi arif tau! Nak makan tu boleh, tapi kena berhati-hati dan jangan makan secara berlebihan ya!

Jangan makan dan minum benda sejuk seperti ais krim dan tembikai, nanti anak keluar besar.

Yang ini selalu jugak admin dengar. Ada yang kata tak boleh langsung minum ais dan makanan sejuk, ada yang kata boleh. Kelirulah!

Sebenarnya, minum dan makan benda sejuk semasa hamil tak membahayakan ibu dan bayi pun. Mitos yang mengatakan, kalau minum ais, nanti bayi besar tu tak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu. Malah, jika kita minum air berais atau sejuk, maka badan kita pun akan menjadi lebih sejuk dan lebih banyak kalori digunakan untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Jadi, berat badan kita pun taklah banyak meningkat!

Cuma, orang dulu-dulu takut kalau minum air nanti jadi batuk pula. Dapat penyakit lain pula nanti!

Dilarang menggunakan gunting / penyepit kuku.

“Tak boleh guna gunting dan kepit kuku? Susah lah macam tu..”

Nanti dulu, bagi admin lah kan, ada sebabnya kenapa ibu hamil tak boleh menggunakan kedua-dua benda tu. Cuba anda fikir, gunting dan penyepit kuku kan tajam. Manalah tahu, masa tengah pegang gunting tu, ada orang tersiku tangan atau gunting terlepas dari pegangan ke, dan terus terkena anggota tubuh yang lain. Dah jadi kes lain pulak nanti.

Lepas tu pula, bahaya kalau ibu mengandung yang dah sarat, nak kepit kuku kaki sendiri. Bila dah masuk 8 ke 9 bulan tu perut mestilah dah besar, masa tu kaki pun dah tak nampak sebab dah kena tutup dengan perut. Kan bahaya tu nak menunduk dan potong kuku sendiri. Takut terkepit isi dan luka pula nanti!

INDIA

Sama juga dengan kaum India. Mereka juga ada pantang larang yang tersendiri buat ibu mengandung.

Jangan tidur berlebihan pada waktu siang.

Kita sedia maklum, mengandung ni memang badan kerap letih dan lesu. Ada yang bila mengandung, rasa mengantuk 24 jam. Dekat mana-mana pun boleh terlelap. Tapi, itulah pengorbanan seorang ibu. Penat macam mana pun, kena sentiasa pastikan kesihatan anak yang dikandung.

Bila hamil juga, ada rutin yang wajib diikuti seperti tidur yang cukup, makan tepat pada waktunya dan makan ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Kalau tak, kesian pada anak yang dikandung tu. Pantang larang ini sebenarnya adalah untuk memastikan supaya si ibu tidak skip setiap rutin tersebut.

Yelah, bimbang bila tidur sepanjang hari, makan ke mana, ubat ke mana. Kan membahayakan kesihatan kandungan tu!

Saudara mara & jiran tak boleh melawat ibu dan bayi dalam tempoh berpantang. Nanti bayi terkejut.

Selalunya tempoh berpantang adalah selama 40 hingga 44 hari. Tapi, bagi kaum India, mereka mengamalkan berpantang selama 60 hari! Lamanya 60 hari.

Pada tempoh itu juga, saudara mara dan jiran tetangga tidak digalakkan untuk melawat ibu dan bayi yang baru lahir tu. Bukan apa, ibu yang baru melahirkan tu masih dalam keadaan lemah dan perlukan rehat yang secukupnya. Dah lah nak jaga dan menyusukan bayi lagi, nanti bila ramai-ramai datang, tak sempat pulak dia berehat.

Begitu juga dengan bayi yang baru lahir tu. Persekitaran kita sememangnya terdedah dengan pelbagai penyakit, antibodi bayi pula masa ni masih rendah dan senang untuk mereka mendapat penyakit. Sebab tulah kena tunggu mereka habis tempoh berpantang, barulah boleh lawat. Masa tu pun, si ibu pun dah kuat dan bertenaga sikit.

Kesimpulannya, terpulang kepada anda untuk percaya atau tak. Pantang larang ni sebenarnya cara orang tua dahulu menjaga ibu hamil dari perkara yang boleh memudaratkan kandungan. Apapun, yang penting, kena makan makanan berkhasiat dan nutrisi yang cukup untuk bayi dalam perut.

SEBAB ITULAH, ANDA KENA CUBA ANMUM MATERNA!

Anmum Materna ni adalah susu pra-natal nombor satu di Malaysia. Anmum dengan MindQ Connect mengandungi nutrien penting untuk menyokong perubahan mengagumkan buat ibu hamil dan si manja dalam kandungan.

Kalau anda nak tau, Anmum Materna ni adalah satu-satunya susu pra-natal tanpa gula tambahan dan rendah lemak yang dilengkapi dengan probiotik DR10 dan inulin. Persekitaran usus yang baik seterusnya menyokong penyerapan nutrien.Jadi, mak buyung semua, jangan lupa amalkan 2 gelas susu Anmum Materna setiap hari untuk memenuhi 100% asid folik dan kalsium yang diperlukan semasa hamil tau!

Susu Anmum Materna juga kini terdapat dalam bentuk sachet. Senang nak bawa ke mana-mana!

Untuk info lebih lanjut, klik sini www.anmum.com.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×