Percutian

Enak Enak Belaka! Ini Koleksi Menu Hari Raya Wajib Ada Di 7 Negara Islam Di Dunia!

15
SHARES
makanan Hari Raya

Nampaknya Ramadan kali ini bakal melabuhkan tirai dan kita akan bertemu pula dengan bulan Syawal sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri. Bila sebut sahaja Hari Raya Aidilfitri, sudah terbayangkan pelbagai juadah yang dihidangkan di rumah sendiri dan juga rumah tetamu dan boleh dimakan sampai kenyang! Tetapi, tiba-tiba rasa nak tahu pula apa jenis makanan Hari Raya wajib di negara-negara Islam?

Bukan sahaja dari segi sambutan yang meriah, sudah tentu makanan yang wajib disajikan di negara-negara Islam ini turut meriah dan enak-enak belaka. Mana tahu, untuk sambutan raya yang seterusnya anda mendapat inspirasi untuk jadikan sebagai menu wajib di rumah pula…

Baca juga: Kuih Raya Tak Masuk Angin & Tahan Berbulan-Bulan Jika Buat 7 Tips Ini, Masih Fresh!

MAKANAN HARI RAYA AIDILFITRI WAJIB ADA DI 7 NEGARA ISLAM INI, MENARIK!

1.Arab Saudi

Di Arab Saudi, sambutan Hari Raya mereka juga digelarkan sebagao ‘Sweet Eid’ kerana makanan tradisional di sama kebanyakkannya adalah pemanis mulut! Makanan yang popular dihidangkan di Arab Saudi juga adalah Mugalgal iaitu hidangan kambing bersama tomato dan bawang.

Selain itu, bagi negara Yemen, Iraq, dan Syria pula adalah biskut yang dibuat khas dari kurma, walnut dan kacang pistachios menjadi kegemaran untuk dihidangkan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sedap tu!

2.Lebanon

makanan hari raya

Seperti kebanyakan negara Arab atau negara Islam yang lain, Lebanon juga tidak terlepas menggemari hidangan manis untuk juadah Hari Raya. Kaak el Eid dan Maamoul merupakan pemanis mulut yang dibuat oleh kekacang berkualiti tinggi dan diletakkan juga serbuk gula untuk memaniskan lagi hidangan Hari Raya penduduk di Lebanon. Bukan itu sahaja, makanan tengahari yang berat seperti  Mouloukhiye, Moughrabiye, Rezz aa Djeij dihidangkan.

3.Morocco

makanan hari raya

Sebut sahaja Morocco atau Maghribi pasti kita sudah terbayangkan keindahan negara tersebut bukan? Bagi sambutan Hari Raya pula, rakyat negara ini memilih menu seperti Lamb atau Beef Couscous yang dimakan bersama buah prune serta menu ayam yang dibakar bersama lemon dan buah zaitun.

4.Pakistan

makanan hari raya

Di Pakistan pula, Knefeh, yang merupakan pemanis mulut tradisional rakyat Pakistan dibuat dari keju manis yang dicairkan, dihidangkan kepada ahli keluarga pada pagi Hari Raya. Bukan itu sahaja, ada satu jenis makanan yang dipanggil ‘Seviyan’ turut menjadi menu pilihan dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri. Menu yang kelihatan seperti bihun ini dijadikan sebagai puding berkuahkan susu dan dihidangkan bersama kacang dan kismis.

5.Turkiye

makanan hari raya

Seronoknya sambutan Hari Raya di Turkiye! Antara menu yang menjadi pilihan adalah masakan kurma, kebab dan kari yang selalunya dihidangkan pada waktu makan tengahari dan makan malam ketika sambutan perayaan. Kanafe, Baklava, Lokum, Tulumba, Chocolate, Chips, Cookies, Cotton candy and Turkish coffee juga dihidangkan secara meluas di Turkiye ketika Hari Raya!

6.Brunei

Negara jiran kita ini walaupun kecil tetapi tetap mempunyai kemeriahan tersendiri dalam menyajikan menu tradisi Hari Raya. Mungkin tidak banyak perbezaan dengan Malaysia, makanan seperti  ketupat, lemang, dodol, kuih muih, rendang, opor ayam, sayur lodeh merupakan menu yang tidak asing lagi. Namun secara ringkasnya, ambuyat atau linut yang diperbuat daripada tepung sagu merupakan makanan tradisional popular dalam kalangan masyarakat Brunei dan biasanya dihidangkan beramai-ramai  tatkala ahli keluarga berkumpul.

7.India

Merupakan jiran kepada negara Pakistan, negara India yang mempunyai populasi rakyat paling ramai di dunia ini juga tidak ketinggalan dalam menyediakan menu Hari Raya yang meriah. Sudah pasti kita terbayangkan pelbagai jenis kari, nasi dan kebab yang disajikan ketika sambutan perayaan di sana. Antara menu yang paling popular untuk dihidangkan semasa Hari Raya adalah Kaleji Curry ,Haleem, Galouti Kebab, Kakori Kebab, Tangri Kebab, Kolkata Biryani, Gosht Bhuna dan Korma. Namun, mungkin ada perbezaan cara hidang mengikut kepada daerah-daerah yang luas dalam negara India.

*Jadi, menu wajib dan tradisi Hari Raya Aidilfitri anda apa pula?

Sumber: Woman’s Day

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×