Dapur

Tak Payah Ke Restoran Mahal Lagi, Buat Sendiri Je Resepi Ayam Rebus Herba Chili Oil Ini!

23
SHARES
resepi ayam rebus

Sedar tak sedar kita telah memasuki hari ke-12 Ramadan 1444 Hijrah. Selari dengan betapa lajunya masa berlalu, kita juga kebuntuan dengan idea masakan untuk berbuka puasa setiap hari. Boleh dikatakan pelbagai menu telah dicuba dan sudah bosan! Namun, secara tiba-tiba anda teringat resepi ayam rebus Chinese Style yang menggunakan chili oil menjadi viral di laman Facebook. Kena cuba!

Tidak rumit dan sesuai untuk anda yang berdiet semasa bulan puasa, resepi ayam rebus chili oil ini sangat sedap dimakan bersama nasi dan juga kuetiau sup. Kena pergi beli barang dah…

RESEPI AYAM REBUS HERBA CHILI OIL

Selalu duk makan dumpling dengan chili oil, kalini rasa nak try ayam rebus herba dengan chilli oil ni. Ya Allah sedap sangatt  Meh nak share resepi.

resepi ayam rebus

Bahan yang diperlukan:

Ayam yang direbus, lebih elok bahagian isi

-Cendawan enoki

-Chili oil

-Cili api

-Halia, bawang putih, lada hitam, bay leaf dan kiub ayam.

Cara-caranya:

resepi ayam rebus

-Rebus ayam bersama halia, bawang putih, lada hitam, daun bawang, kiub ayam & paling penting bay leaf. Dah siap, ketepikan.

-Rebus cendawan enoki guna air rebusan ayam, ketepikan.

-Letak dalam mangkuk 4 ulas bwg putih dicincang, 3 sudu besar chilli flakes, satu sudu bijan, gula, garam & secukup rasa.

-Panaskan minyak, masukkan daun bawang, bawang & bay leaf. Ambil minyak tu masukkan dalam mangkuk tadi. Siapppp.

Sediakan mangkuk, letak cendawan enoki dulu, then susun ayam yang dipotong, hirisan lada dan chilli oil. Makan dengan kuey tiaw sup chinese style sedap giler.

Sumber: Linda Safar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×