40 Minggu

Ibu Nak Rasa ‘Baby Kicking’? Ini 6 Cara Rangsang Janin Dalam Kandungan

2
SHARES
cara rangsang janin

Sebagai ibu pasti ternanti-nanti tendangan janin dalam kandungan. Momen ini biasanya dapat dirasai ketika ibu hamil pada kandungan usia 18 hingga 20 minggu.

Secara normalnya, janin pada usia 20 minggu ke atas akan bergerak minimum sebanyak 10 kali sehari. Jadi, sekiranya ibu ingin memastikan bayi bergerak, ini beberapa cara rangsang janin dalam perut.

Baca juga: Alamak! Makan Pati Ikan Haruan Selepas Bersalin Czer Boleh Jadi Punca Pelekatan Tisu?

CARA RANGSANG JANIN DALAM KANDUNGAN

CARA RANGSANG JANIN

1. MAKAN SNEK

Peningkatan gula dalam darah anda akan memberi kesan kepada bayi juga dan boleh membuatkan mereka bergerak. Jangan makan berlebihan tetapi beberapa keping coklat adalah cara yang boleh dipercayai untuk menghantar rangsangan tenaga terus kepada bayi.

2. MINUM

Minum segelas susu untuk merangsang pergerakan bayi kerana ia boleh mengubah mood janin. Pergerakan itu tanda gembira dan selesa.

3. USAP & MENYENTUH PERUT

Sentuh perut dan tepuk secara perlahan-lana. Ini adalah satu taktik yang dilihat ramai bakal ibu mencuba untuk memastikan janin bergerak.

4. BERCAKAP DENGAN BAYI

Pendengaran bayi mula berkembang kira-kira pada usia 16 minggu. Ketika usia 22 minggu, bayi dalam kandungan dapat nebdebgar suara dan bunyi bising kawasan sekitar.

Respon seperti memusingkan kepala, menggeliat dan melompat dapat dirasai oleh ibu. Jadi, cakaplah perkara yang baik-baik bersama anak.

5. LAKUKAN SESUATU YANG IBU TAKUT

Adrenalin yang mengalir melalui urat apabila anda sedang gementar boleh menyebabkan bayi turut bergerak. Walau bagaimanapun, jangan terlalu kerap menggunakan cara ini kerana akan mendatangkan bahaya.

6. SULUH LAMPU PADA PERUT

Antara cara lain untuk merangsang bayi dalam kandungan adalah dengan menyuluh lampu pada perut. Ini kerana ketika trimester kedua, bayi akan dapat membezakan antara terang dan gelap.

Konklusinya, ketika memasuki trimester ketiga, ibu dinasihatkan untuk mengira tendangan bayi. Sekiranya tendangan berkurangan daripada biasa, dapatkan rawatan dan hubungi doktor. Jangan biarkan!

Baca juga: Ini Senarai Minyak Angin Terbaik & Berkesan Untuk Legakan Masalah Kembung Perut Bayi Anda!

Sumber: Healthline 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×